• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sudah Ada Pihak Berminat Beli MAS, Kata Mahathir

oleh
20/03/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mendedahkan sudah ada pihak dalam dan luar negara berminat membeli Malaysia Airlines (MAS).

Meskipun menyayangi MAS dan berhasrat meneruskan penerbangan negara itu, namun, Dr. Mahathir mengakui kerajaan sudah tidak mampu lagi menanggung kerugian syarikat tersebut.

“Ada pihak-pihak (dalam dan luar) tertentu yang ingin beli MAS, jadi kita tak tolak. Kita nak kaji sama ada perlu dijual atau tidak. Apa yang kita nampak pengurusan (MAS) setakat ini walaupun memilih pengurus dari luar negara, namun MAS masih mengalami kerugian. Jadi satu dari caranya dengan menjualnya.

“Saya sayang MAS. Saya nak MAS terus dijadikan satu penerbangan negara. Tapi kita nampak seolah kita tak mampu,” katanya ketika sidang media di Lobi Parlimen, hari ini.

Bagaimanapun, Dr. Mahathir juga tidak menolak jika MAS terus kekal diuruskan oleh kerajaan namun, syarikat penerbangan itu perlu dirombak sepenuhnya.

“Itu pun ada (kekal), akan kita timbang. Sama ada nak tukar pegurusan atau perkecilkan atau besarkan.

“Kita mempunyai banyak pesawat yang tidak digunakan sepenuhnya dan ini menyebabkan kerugian,” ujar Ahli Parlimen Langkawi itu.

Mengulas lanjut, Perdana Menteri kecewa dengan tindakan pengurusan MAS yang memberhentikan 6,000 kakitangan meskipun dibantu kerajaan dengan suntikan dana RM6 bilion.

“Strategi itu tidak menguntungkan. Kerajaan memberi RM6 bilion kepada MAS untuk tolong MAS. Dengan dana itu pula, MAS telah memberhentikan seramai 6,000 pekerja.

“Bahkan dengan tindakan menamatkan khidmat kakitangan itu, MAS tak terbang seperti dulu. Sudah hapuskan banyak penerbangan. Bermakna dari segi pengurangan kakitangan dan pengurangan kerja, tidak ada bezalah. Kalau kurangkan pekerja untuk kekalkan status lama, baru ada penjimatan. Namun, kalau kurangkan pekerja, kurang kerja, tak ada kelebihan,” ujarnya.

Semalam, Penaung Persatuan Pekerja Bersara Malaysia Airline Berhad (Masra), Tan Sri Dr. Abdul Aziz Abdul Rahman menggesa kerajaan mempertimbangkan usaha sama dengan pihak swasta dalam usaha menyelamatkan syarikat penerbangan kebangsaan, Malaysia Airline Berhad.

Katanya, dalam keadaan kritikal MAS kini, kerajaan perlu mengeluarkan kertas cadangan yang mengandungi cara-cara untuk menyelamatkan syarikat itu secepat mungkin dan bukan mengambil keputusan untuk menutupnya. – Sinar Harian

Tags: Mahathir MohamadMalaysia AirlinesMAS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Satu Lagi Pesawat MAS Terpaksa Berpatah Balik

Satu Lagi Pesawat MAS Terpaksa Berpatah Balik

02/09/2024
0

PUTRAJAYA - Sebuah lagi pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) ke Seoul, Korea Selatan dipercayai mengalami masalah teknikal sehingga terpaksa berpatah balik...

Malaysia Airlines Kini Penerbangan Rasmi Manchester United

Malaysia Airlines Kini Penerbangan Rasmi Manchester United

22/03/2024
0

KUALA LUMPUR : Malaysia Airlines menjalin perkongsian strategik global dengan kelab bola sepak Inggeris, Manchester United (MU) apabila dinamakan sebagai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd