• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Statut Rom: Saifuddin Kena ‘Asak’ Di Dewan Rakyat

oleh
26/03/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah diasak pembangkang hari ini dalam sidang Dewan Rakyat kerana tidak mendapat jawapan memuaskan daripada menteri sama ada keputusan menandatangani Statut Rom menerima perkenan Yang di-Pertuan Agong atau tidak.

Ketika menggulungkan jawapan perbahasan Titah Diraja, Saifuddin berkata, perkara mengenai Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) di bawah Statut Rom itu tidak termasuk dalam Sembilan Perkara melibatkan Pindaan Perlembagaan Persekutuan yang memerlukan perkenan Majlis Raja-Raja.

Jawapan itu membuatkan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican (BN-Kepala Batas) dan beberapa lagi ahli Parlimen pembangkang terus memberi tekanan yang mahukan jawapan ya atau tidak, tentang sama ada perkara ICC perlu perkenan Agong.

Saifuddin bagaimanapun terus mengulangi jawapannya itu selain menjelaskan terdapat kira-kira 100 perjanjian Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang diratifikasi tanpa dibawa ke Dewan Rakyat sebelum ini.

Dalam isu Statut Rom juga, menteri itu berkata, kerajaan menandatangani perjanjian atas keyakinan bahawa mana-mana pemimpin Malaysia tidak mempunyai hasrat melakukan perkara yang bertentangan dengan undang-undang ICC.

Selain itu katanya, kekebalan Yang di-Pertuan Agong juga terpelihara berdasarkan bacaan Perlembagaan Persekutuan iaitu Seri Paduka menjalankan tugas atas nasihat Perdana Menteri dan Kabinet termasuk mengenai kedudukan Agong sebagai Ketua Angkatan Tentera.

“Kerajaan yakin bahawa Yang di-Pertuan Agong dan pemimpin negara tidak terfikir pun hendak buat perkara tesebut (jenayah antarabangsa) dan keduanya mengenai kekebalan Agong adalah terpelihara,” katanya.

Statut Rom memperuntukkan bidang kuasa ICC cuma untuk membicarakan empat jenayah antarabangsa utama, iaitu penghapusan etnik, jenayah terhadap kemanusiaan, jenayah perang dan jenayah Pencerobohan.

Sementara itu, Datuk Seri Azalina Othman Said (BN-Pengerang) yang bertanyakan seandainya pemimpin negara terlibat dalam jenayah-jenayah tersebut, Saifuddin menjelaskan, ICC hanya akan bertindak sekiranya sistem kehakiman negara tidak berkemampuan dan tidak mahu mengambil tindakan sewajarnya.

“Sekiranya kita mengambil tindakan yang sewajarnya, maka tidak timbul ICC akan mengadili mana-mana pihak dalam negara yang terlibat dalam andaian perkara tersebut,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tags: Saifuddin AbdullahStatut Rom
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

TMJ: Mahathir ‘Tak Jujur’ Dalam Isu Statut Rom, ICERD

16/12/2021
0

Bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad didakwa tidak jujur dalam isu Statut Rom dan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk...

Sokongan Malaysia Kepada Palestin Tidak Pernah Berubah

30/11/2021
0

PUTRAJAYA : Israel digesa menamatkan keganasan, pencerobohan berulang, penindasan sistematik dan jenayah apartheid terhadap rakyat Palestin termasuk wanita dan kanak-kanak....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd