• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Spesies Baharu Katak Ditemui Di India

oleh
17/03/2019
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GAINESVILLE – Satu spesies baharu katak kerdil yang mempunyai corak badan seperti bintang di langit telah ditemui di kawasan banjaran pergunungan Ghats Barat, India.

Penemuan itu dibuat Felo Universiti George Washington, Dr. Seenapuram Palaniswamy Vijayakumar bersama seorang rakannya dalam satu ekspedisi beberapa tahun lalu sebelum disahkan Kurator Muzium Sejarah Semula Jadi Florida, Dr. David Blackburn baru-baru ini.

“Ketika kami menemui katak itu beberapa tahun lalu, saya tidak begitu teruja tetapi siapa sangka amfibia kecil itu menjadi begitu menarik sekarang. Kami tidak pernah melihat hidupan seperti ini,” kata Vijayakumar.

Amfibia itu dinamakan Astrobatrachus kurichiyana sempena tanda seperti kerdipan bintang pada kulitnya dan penduduk pribumi Kurichiyarmala di banjaran gunung tempat ia ditemui.

Ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dan imbasan tomografi berkomputer (CT) mengesahkan katak itu spesies serta susur galurnya mewakili keluarga fauna baharu yang diklasifikasikan saintis sebagai Astrobatrachinae.

“Katak ini daripada sebuah keluarga purba yang bertahan sejak berpuluh juta tahun lalu. Kita sepatutnya meraikan penemuan makhluk purba ini yang masih mampu hidup hingga sekarang,” tambah Vijayakumar. – Agensi

Tags: haiwanIndiakatak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Presiden AS Donald Trump Telefon PM India Bincang Situasi Di Asia Barat

Presiden AS Donald Trump Telefon PM India Bincang Situasi Di Asia Barat

25/03/2026
0

NEW DELHI – Perdana Menteri India, Narendra Modi memaklumkan beliau menerima panggilan telefon daripada Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump...

Tiga Pengemis Bermaskot Katak Dicekup, Diberi Amaran Keras

Tiga Pengemis Bermaskot Katak Dicekup, Diberi Amaran Keras

28/02/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  JOHOR BAHRU – Tiga lelaki yang beraksi di sebalik maskot katak dicekup dalam operasi khas oleh Jabatan Kebajikan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd