• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sistem AP Kerajaan PH Tak Bantu Golongan Bumiputera

oleh
18/03/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEPUTUSAN Putrajaya untuk memasukkan 36 pemegang permit import (AP) ke dalam dasar AP Terbukanya yang baru bukanlah cara yang betul untuk membantu golongan Bumiputera, kata seorang ahli akademik.

Pensyarah di Universiti Tun Abdul Razak, Barjoyai Bardai mempersoalkan alasan membantu golongan Bumiputera dalam meneruskan sistem AP dengan berkata, tidak ada petunjuk jelas bahawa ia membantu kelompok itu.

Barjoyai berkata, pemegang AP tidak menggaji ramai pekerja.

Pemegang AP diberikan permit untuk mengimport dan menjual kenderaan terpakai yang dibaik pulih di Malaysia.

Terdahulu, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) mengesahkan 36 syarikat baru milik Bumiputera dilantik sebagai pemegang AP dengan syarat ketat ditetapkan dalam dasar AP Terbukanya yang baru.

Ini antaranya termasuklah, syarat pemilikan 100% Bumiputera dengan modal berbayar sekurang-kurangnya RM1 juta, dan mempunyai pengalaman menjual serta mengedar kenderaan sekurang-kurangnya 2 tahun.

“Jika kerajaan mahu membantu golongan Bumiputera melalui sistem AP, ia sepatutnya menubuhkan sebuah yayasan untuk mengurus AP dan keuntungan yang diperolehi boleh digunakan untuk mendapatkan dana,” kata Barjoyai.

“Yayasan itu boleh menyalurkan wang yang diperolehi bagi membiayai kegiatan pendidikan kumpulan B40 atau mengeluarkan pinjaman pelajaran atau keusahawanan jangka pendek.”

Beliau berkata, ini lebih baik daripada memberikan AP kepada beberapa orang yang terpilih.

Seorang lagi ahli ekonomi, Firdaos Rosli dari Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (Isis) berkata, Putrajaya perlu menjelaskan rancangan yang terkandung dalam Dasar Automotif Nasional (NAP) yang gagal dilakukan oleh pentadbiran sebelum ini.

“Dalam menyediakan NAP baru, rundingan dengan pemegang taruh perlu melibatkan persatuan pengguna juga, bukan hanya mereka yang berada dalam industri automotif.

“Akhirnya apa-apa kesan luar jangka seperti harga lebih tinggi atau pilihan kenderaan yang lebih sedikit akan tertimpa ke atas pengguna,” kata Firdaos.

Beliau berkata, permohonan mendapatkan AP adalah tidak konsisten dengan peraturan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO), dan langkah ke depan yang perlu diambil ialah mengubah format AP daripada dipacu oleh import kepada dipacu oleh jualan.

“Kembali kepada asas dan pastikan pemegang AP menjual kereta sebenar yang mereka import. Akses kepada laporan audit hendaklah diberikan kepada orang ramai bagi memastikan wujudnya semak dan imbang,” katanya.

Bekas pengerusi DAP Johor, Dr. Boo Cheng Hau berkata, sistem AP tidak memupuk usahawan yang berdaya saing.

Beliau berkata, AP harus diberikan melalui tender terbuka – langkah yang pernah dijanjikan oleh Pakatan Harapan (PH).

“Tender terbuka AP juga boleh dilihat sebagai langkah peralihan sementara ke arah pasaran automotif yang bebas dan kompetitif,” katanya, dengan menambah bahawa sistem AP lambat-laun perlu dihapuskan dan digantikan dengan penyesuaian dalam cukai import.

“Ini akan mewujudkan pasaran tempatan yang kompetitif, mendorong inovasi dalam industri automotif tempatan dan sebuah ekonomi yang dipacu oleh pasaran,” katanya. – FMT

Tags: bumiputeraKenderaanpermit import AP
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Serangan Christchurch: Nasihat ‘Budak Telur’

Next Post

Sultan Johor Bidas Andaian Tak Ambil Berat Kes Pencemaran

Related Posts

Lebih 2.2 Juta Kenderaan Di Lebuh Raya PLUS Menjelang Aidilfitri

Lebih 2.2 Juta Kenderaan Di Lebuh Raya PLUS Menjelang Aidilfitri

19/03/2025
1

KUALA LUMPUR: PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menjangkakan peningkatan trafik sehingga 2.2 juta kenderaan sehari pada hari puncak menjelang Aidilfitri di...

Polis Belum Rakam Keterangan Kolumnis Dakwa UiTM Amal ‘Apartheid’

7 Kenderaan Rosak Dihempap Pokok Tumbang Di Kinrara

27/05/2024
0

SERDANG: Tujuh kenderaan rosak dihempap pokok tumbang susulan angin kuat dan hujan lebat di Taman Kinrara di sini, semalam. IKUTI...

Next Post

Sultan Johor Bidas Andaian Tak Ambil Berat Kes Pencemaran

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd