• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, February 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Seorang Lagi Ditahan Kes Hina Islam, Nabi Muhammad

oleh
07/03/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

POLIS menahan pemilik akaun Facebook “Danny A’antonio Jr” semalam kerana memuat naik komen jelik terhadap agama Islam dan Nabi Muhammad.

Ketua Polis Negara, Mohamad Fuzi Harun berkata suspek berusia 28 tahun itu ditahan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan (atas alasan agama menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan atau pemusuhan, benci-membenci atau niat jahat atau memudaratkan pemeliharaan keadaan harmoni atau perpaduan).

“Siasatan juga dilakukan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian, dan lain-lain.

“Permohonan reman ke atas suspek akan dibuat hari ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Fuzi turut menasihati orang ramai agar tidak menyalahgunakan media sosial atau apa-apa rangkaian komunikasi dengan memuat naik atau berkongsi sebarang bentuk provokasi yang boleh menyentuh sensitiviti agama dan perkauman, sehingga membangkitkan ketegangan kaum dalam kalangan masyarakat majmuk di negara ini.

Tiga individu ditahan pada Selasa dan seorang lagi masih diburu polis kerana disyaki menghina agama Islam termasuk kes menghina Nabi Muhammad dan isteri Baginda, Saidatina Aisyah.

Sehingga semalam, polis menerima 929 laporan polis di seluruh negara berhubung kes itu dan membuka 16 kertas siasatan bersabit kes penghinaan agama Islam.

Tags: agama islamHina Nabi Muhammad
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

BJP Melakukan Pembersihan Etnik Ke Atas Masyarakat Islam India 

BJP Melakukan Pembersihan Etnik Ke Atas Masyarakat Islam India 

29/10/2025
0

BJP Melakukan Pembersihan Etnik Ke Atas Masyarakat Islam India  Oleh Mynewshub  Istilah pembersihan etnik merujuk kepada usaha sistematik untuk mengusir,...

Gesa Perhimpunan Agung PBB Ambil Perhatian Isu Hina Nabi Muhammad

11/06/2022
0

ISLAMABAD - Pakistan pada Jumaat menggesa Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengambil perhatian terhadap kenyataan menghina Nabi Muhammad SAW...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd