• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Saintis Bingung Bangkai Ikan Paus Di Hutan Amazon

oleh
10/03/2019
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MISTERI menyebulungi apabila ikan paus ditemui mati terdampar di hutan Amazon dan bukannya di lokasi habitat semula jadinya.

Saintis segera mencari bangkai haiwan mamalia itu yang dianggarkan sepanjang 11 meter dan enam meter lebar selepas video haiwan malang tersebut tersebar luas.

Pasukan penyiasat buntu memikirkan tentang insiden berkenaan kerana haiwan tersebut tidak mempunyai sebarang luka.

Menerusi video yang dimuat naik secara online itu, mamalia tersebut ditemui selepas beberapa ekor burung helang kelihatan berterbangan di atasnya.

Sekumpulan ahli biologi daripada badan bukan kerajaan (NGO) Bicho D’agua bergegas ke tempat kejadian untuk mengetahui punca ikan paus itu terdampar jauh dari lautan, menurut portal berita O Tempo Brasil.

Kedudukan ikan paus itu menimbulkan keraguan kerana kejadian tersebut berlaku ketika musim sejuk di Amazon.

Kebiasaannya ikan paus jenis ini dijumpai pada musim panas di Lembangan Amazon, apabila garam laut memasuki kawasan sungai.

Agensi berita di Brazil melaporkan, pakar terus berkejar untuk mendapatkan bangkai tersebut dan kemudian, membedahnya untuk sampel analisis.

Analisis itu diperlukan bagi mengenal pasti bagaimana ikan paus tersebut terdampar di lokasi ia ditemui.

Pada cubaan kedua, mereka berjaya menemui haiwan itu terdampar 15 meter dari pantai di sebuah kepulauan Marajo.

Ikan paus itu sedikit kecil daripada saiz asal ia dianggarkan dan panjangnya lapan meter.

Haiwan mamalia tersebut dianggarkan berumur satu tahun dan pakar mengandaikan teori bahawa haiwan itu kehilangan ibunya semasa proses migrasi.

NGO berkata, mereka mengesyaki bangkai haiwan tersebut adalah anak ikan paus yang tersangkut di paya bakau selepas terhempas ke darat akibat ombak tinggi.

Sementara itu agensi berita laut dan perkapalan, Maritime Herald membuat anggapan bahawa haiwan itu mungkin mati akibat tertelan plastik dan kemudian bangkainya dibawa hanyut ke darat. – News AU

Tags: hutan amazonIkan Pauslaut
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

230 Paus Terdampar Di Tasmania, Separuh Masih Hidup

230 Paus Terdampar Di Tasmania, Separuh Masih Hidup

21/09/2022
0

SYDNEY: Kira-kira 230 ikan paus ditemukan terdampar di pantai barat Tasmania hari ini dan menurut pihak berkuasa Australia, hanya separuh...

Ikan Paus Besar Dibunuh Kejam, Dilapah Di Iceland

Ikan Paus Besar Dibunuh Kejam, Dilapah Di Iceland

13/08/2022
0

REYKJAVIK, Iceland – Sebilangan ikan paus dilapah di pantai Iceland selepas tempoh larangan memburu mamalia marin berkenaan selama empat tahun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd