• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rombakan Kabinet Setelah PH Kalah Di Semenyih

oleh
04/03/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Seorang penganalisis menggesa kerajaan merombak Kabinet berikutan kekalahan Pakatan Harapan (PH) dalam pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih, dengan berkata, “sebilangan” menteri perlu digugurkan kerana menyebabkan rakyat tidak berpuas hati.

Kamarul Zaman Yusoff mengingatkan bahawa PH juga akan kalah dalam PRK berikutnya di DUN Rantau jika ia tidak menunaikan janji yang dibuatnya.

Bercakap kepada FMT, beliau berkata, kemenangan Barisan Nasional (BN) Sabtu lepas tidak mengejutkan kerana “sangat jelas” rakyat tidak berpuas hati dengan pencapaian PH.

“Ini tidak boleh diabaikan oleh PH. Selain janji yang tidak dipenuhi, rakyat juga tidak berpuas hati terhadap PH kerana ia dilihat tidak mempertahankan hak orang Melayu dan menjaga kedudukan Islam.”

Beliau berkata, PH perlu bimbang terhadap perubahan momentum BN sejak kejayaannya di Cameron Highlands Januari lepas.

Kamarul mencadangkan PH mewujudkan sebuah jawatankuasa khas untuk memberi perhatian kepada janjinya yang belum dilaksanakan, sekali gus menampakkan kesungguhan PH berhubung manifesto mereka.

Berkenaan Najib Razak yang aktif membantu kempen BN di Semenyih, Kamarul berkata, bekas perdana menteri itu memainkan peranan dengan mewakili “suara rakyat”.

“PH perlu memulihkan kepercayaan dan keyakinan, bukan sahaja pengundi di Rantau, tetapi juga rakyat di seluruh negara.”

Dalam pada itu, Awang Azman Awang Pawi dari Universiti Malaya berkata, PRK Semenyih merupakan satu bentuk referendum yang menuntut kerajaan menunaikan janji pilihan rayanya.

Beliau bersetuju bahawa PH tidak boleh dilihat mengabaikan kepentingan orang Melayu dan Islam.

Dalam konteks itu katanya, kerjasama PAS-Umno kelihatan berkesan walaupun wujud kontroversi seperti wang RM90 juta yang didakwa diberikan kepada PAS oleh Umno.

“Dalam jangka panjang, kerjasama PAS-Umno akan memberi manfaat kepada orang Melayu-Isam. PAS akan menyokong mana-mana parti yang dilihat melindungi kepentingan Islam dan orang Melayu.”

Beliau juga menyebut beberapa isu yang penting dan memberi kesan kepada rakyat, termasuk pengurangan jumlah penjawat awam, Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD), insiden kuil Seafield dan kematian 6 anggota bomba di sebuah lombong tinggal di Puchong pada Oktober tahun lepas. – FMT

Tags: pakatan harapanRombakan Kabinet
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

TERKINI: Kabinet Baharu Kerajaan MADANI

TERKINI: Kabinet Baharu Kerajaan MADANI

16/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan pelantikan anggota pentadbiran Kerajaan MADANI yang baharu di Bangunan...

Johari Ghani Dilantik Menteri Pelaburan, Perdagangan Dan Industri

Johari Ghani Dilantik Menteri Pelaburan, Perdagangan Dan Industri

16/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, dilantik Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri yang baharu melalui...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd