• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 4, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

RM50,000 Lagi Diperlukan Baik Pulih Piano P Ramlee

oleh
22/03/2019
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Projek membaik pulih piano milik seniman agung negara, Allahyarham Tan Sri P Ramlee masih memerlukan RM50,000 lagi, kata Ketua Pengarah Arkib Negara, Azemi Abdul Aziz.

Beliau berkata, projek “Getaran 88 Kekunci Hati” yang dilancarkan pada September 2018 bagi memastikan piano yang berusia kira-kira 60 tahun itu dapat dimainkan semula, telah mengutip sumbangan berjumlah RM25,000 pada peringkat pertama kutipan dana itu.

“Bagaimanapun, keadaan piano ini masih belum boleh digunakan sepenuhnya. Bagi memastikan piano ini 100% dalam keadaan baik, Arkib Negara memerlukan RM50,000 lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis mengumpul dana dan meraikan penyumbang awal projek berkenaan di Pustaka Peringatan P Ramlee, Setapak di sini semalam, yang dilancarkan oleh Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Muhammad Bakhtiar Wan Chik.

Katanya, peringkat pertama usaha membaik pulih piano yang digunakan oleh P Ramlee dalam menghasilkan lagu-lagu sehingga menerima pelbagai anugerah dan pengiktirafan berprestij itu, telah berjaya menjadikan alat muzik itu kembali berfungsi, menghasilkan 90% daripada bunyi asalnya.

“Di peringkat awal, Jabatan Arkib Negara dengan kerjasama Syarikat Innate Publishing Sdn. Bhd. telah melancarkan program pertama mengumpul dana bagi tujuan itu dengan “penjualan 88 kekunci piano” kepada penggiat seni serta syarikat korporat, yang membolehkan RM25,000 dikumpul,” katanya.

Azemi berkata, RM10,000 daripada sumbangan itu digunakan untuk membaik pulih kekunci piano berkenaan oleh seorang pakar juruteknik piano Mohammad Alif Yahya yang bekerja di United Kingdom.

Beliau berkata, piano yang dikeluarkan oleh Herrburger Brooks dari United Kingdom itu dilaporkan dibeli oleh P Ramlee daripada syarikat C Nang Hong & Co.

Bakhtiar berkata sumbangan P Ramlee dalam memartabatkan bidang seni tempatan tidak boleh dipertikaikan.

“Bakat beliau dalam bidang gubahan lagu dan lakonan mempunyai kelas tersendiri. Lagu-lagu yang beliau cipta malar segar sehingga ke hari ini. Tidak pernah jemu kita mendengar lagu-lagu beliau berulang kali,” katanya.

Pada majlis itu, Ketua Pegawai Operasi Primeworks Studio, Ahmad Izham Omar telah memainkan 2 buah lagu P Ramlee, termasuk Getaran Jiwa, menggunakan piano milik seniman agung itu.

Tags: pianoTan Sri P Ramlee
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Seramai 93 Maut Feri Karam Di Mosul

Next Post

Pemandu Lori Tak Mengaku Salah Hina Islam, Melayu

Related Posts

Join Over 200,000 Happy Students Worldwide

01/08/2019
0

IMAGINE being able to sit down at a piano and just PLAY – Ballads, Pop, Blues, Jazz, Ragtime, even amazing...

20 Bunyi Alat Muzik Dalam Sebuah Piano Lama

02/03/2019
0

KIEV - Sebuah kumpulan rock dari Ukraine mempunyai daya kreativiti yang tinggi apabila berjaya mencipta 20 bunyi alat muzik dalam...

Next Post

Pemandu Lori Tak Mengaku Salah Hina Islam, Melayu

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd