• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ringgit Terus Susut Berbanding Dolar AS

oleh
15/03/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ringgit meneruskan penurunan semalam untuk dibuka rendah berbanding dolar AS pagi ini apabila dolar AS mengukuh susulan ura-ura penangguhan sidang kemuncak Amerika Syarikat (AS)-China.

Pada 9 pagi, ringgit berada pada 4.0900/0940 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.0890/0940 semalam.

Dilaporkan bahawa pertemuan antara Presiden AS, Donald Trump dan Presiden China, Xi Jinping untuk menyelesaikan kemelut perang perdagangan yang masih berlarutan, yang sepatutnya diadakan bulan ini, ditangguhkan ke April, paling awal yang mungkin.

“Perkembangan luaran menguasai sentimen dalam pasaran tempatan, meskipun berita baik di dalam negara.

“Perjanjian perdagangan antara AS dan China dijangka ditangguhkan sehingga April, menyebabkan ketidakpastian dalam kalangan pelabur dan mendorong mereka mendapatkan dolar AS sebagai aset selamat,” katanya.

Mengenai perkembangan luaran lain, penggubal undang-undang Britain mengundi untuk menangguhkan rancangan negara itu untuk keluar daripada Kesatuan Eropah.

Pengeluaran perindustrian Malaysia berkembang lebih pantas daripada yang dijangkakan pada Januari 2018, meningkat 3.2% tahun ke tahun susulan peningkatan indeks elektrik dan pembuatan masing-masing pada 7.8% dan 4.2%.

Bagaimanapun, indeks perlombongan mencatatkan penurunan 0.9% disebabkan oleh kejatuhan indeks minyak mentah.

Jualan pembuatan pada Januari meningkat 7% tahun ke tahun kepada RM72.5 bilion atas sokongan peningkatan produk petroleum, kimia, getah dan plastik, peralatan pengangkutan dan produk perkilangan lain serta produk elektrik dan elektronik.

Berbanding mata wang utama lain, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi.

Unit tempatan naik berbanding yen Jepun kepada 3.6564/6609 daripada 3.6594/6648 pada Khamis, mengukuh berbanding pound Britain kepada 5.4160/4217 daripada 5.4200/4274 dan menokok berbanding euro kepada 4.6229/6295 daripada 4.6259/6320.

Bagaimanapun, ringgit turun berbanding dolar Singapura kepada 3.0167/0198 daripada 3.0162/0201 semalam.

Tags: Dolar ASRinggit Malaysia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ringgit Terus Melonjak Untuk Ditutup Pada Paras RM3.91 Sedolar Hari Ini

Ringgit Terus Melonjak Untuk Ditutup Pada Paras RM3.91 Sedolar Hari Ini

28/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Ringgit terus melonjak bagi hari ketiga berturut-turut, ditutup pada paras 3.9175 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu...

Ringgit Dijangka Terus Meningkat, Sasar Ke Bawah 4.00 Sedolar Minggu Hadapan

Ringgit Dijangka Terus Meningkat, Sasar Ke Bawah 4.00 Sedolar Minggu Hadapan

25/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Ringgit dijangka diniagakan lebih tinggi susulan sentimen pelabur yang kekal optimis terhadap mata wang tempatan, dengan sasaran untuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd