• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Politik Matang Parti IKATAN”

oleh
20/03/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

1. Seperti semua sedia maklum, Presiden IKATAN telah mengadakan satu sidang media pada 19 Mac 2019 untuk menyatakan deklarasi solidariti kepada kepimpinan YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menter Malaysia. Dewan Pemuda IKATAN Malaysia menyokong 100% usul menyokong kepimpinan Tun Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri Malaysia, bagi mengelakkan berlakunya pelbagai anasir dalam dan luar yang mengganggu-gugat perjalanan tugas beliau. Dewan Pemuda IKATAN Malaysia sama sekali menolak apa jua perkara berbentuk sabotaj dan undi tidak percaya seperti yang diwar-warkan sebelum ini.

2. Pada masa yang sama, Dewan Pemuda IKATAN Malaysia menegaskan bahawa kita membawa pendekatan politik matang. Jika kerajaan Pakatan Harapan melakukan perkara yang baik, kita akan menyokong kerajaan. Tetapi, jika kerajaan Pakatan Harapan melakukan perkara salah, kita akan menegur kerajaan secara berhemah. Sokongan solidariti kepada kepimpinan Tun Dr. Mahathir bukanlah tiket untuk berdiam diri untuk menegur kesalahan, terutama membabitkan hal rakyat.

3. Solidariti menyokong Tun Dr. Mahathir bukan bermaksud solidariti menyokong PPBM atau Pakatan Harapan.
I. Dewan Pemuda IKATAN Malaysia tidak menyokong harapan-harapan palsu yang menipu rakyat dan anak muda;
II. Dewan Pemuda IKATAN Malaysia tidak menyokong dasar-dasar ekonomi yang lemah hingga rakyat tertekan;
III. Dewan Pemuda IKATAN Malaysia tidak menyokong kezaliman dasar baru PTPTN ke atas anak muda;
IIII. Dewan Pemuda IKATAN Malaysia tidak menyokong kepimpinan pincang yang memotong subsidi nelayan dan petani;
V. Dewan Pemuda IKATAN Malaysia tidak menyokong kepimpinan kereta terbang;
VI. Dewan Pemuda IKATAN Malaysia tidak menyokong kepimpinan sijil akademik palsu;
VII. Dewan Pemuda IKATAN Malaysia tidak menyokong kepimpinan kronisma dan nepotisma yang melantik isteri dan kaum kerabat ke jawatan GLC, agensi kerajaan atau badan berkanun;
VIII. Dewan Pemuda IKATAN Malaysia tidak menyokong kepimpinan PPBM yang lemah di Perak di mana kepimpinan negeri mengikut telunjuk DAP;
IX. Dewan Pemuda IKATAN Malaysia tidak menyokong kepimpinan PPBM yang lemah di Johor di mana rakyat menderita disebabkan bencana buatan manusia, pencemaran udara bahan kimia;
X. Dewan Pemuda IKATAN Malaysia tidak menyokong usaha DAP dan Pakatan Harapan memecahbelahkan penyatuan ummah yang sebenar.

4. Akhir sekali, Dewan Pemuda IKATAN Malaysia menyeru semua ahli IKATAN, ahli Dewan Pemuda IKATAN dan pimpinan tertinggi untuk dahulukan masalah rakyat, selesaikan masalah rakyat dan tidak meraih sokongan untuk kepentingan peribadi.

Demi Bangsa Malaysia!

Shahir Adnan,
Ketua Pemuda Dewan Pemuda IKATAN Malaysia

Tags: pemuda ikatan malaysiaShahir Adnan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Isu Air Di Kelantan”

22/03/2021
0

ISU air di Kelantan sememangnya masih menjadi topik hangat untuk diperkatakan. Ada sesetengah pihak yang menjadikan isu air di Kelantan...

“Bantahan Ikatan”

22/12/2020
0

1. Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) telah ditubuhkan pada 7 Jun 2012 oleh Tan Sri Datuk Seri Panglima Abdul Kadir...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd