• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Permohonan Maaf Sehingga Jam 6 Petang, Kata Che Ta

oleh
15/03/2019
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PELAKON, Rozita Che Wan atau Che Ta membuat sidang media berhubung bekas pemandu peribadi, Muhamad Riduan untuk permohonan maaf secara terbuka.

Kata Che Ta, Riduan boleh membuat permohonam maaf secara terbuka di laman sosial atau kepada peguam mahupun berjumpa sehingga jam enam petang, hari ini.

“Kita semua perlu sedar bahawa setiap apa yang ditaip, disiar dan ditularkan di media sosial, media cetak atau sebagainya mempunyai implikasi dan risiko yang tertentu.

“Kita tidak boleh sewenang-wenangnya menyalahguna media sosial sehingga menjatuhkan imej, maruah dan nama baik seseorang individu tanpa dipertanggungjawabkan ke atas perkara tersebut.

“Pertama, saya mengadakan sidang media ini untuk memberi pengajaran bukan sahaja pada beliau tetapi sesiapa saja yang menyalahgunakan media sosial untuk memalukan individu lain tak kiralah sama ada mereka artis atau sesiapa saja.

“Anda harus bertanggungjawab dengan setiap tindakan anda dan sedar bahawa anda berdepan risiko dikenakan tindakan undang-undang.

“Kedua, saya memohon agar masyarakat di Malaysia menghentikan budaya men”viral” keburukan orang lain di media sosial kerana ia bukanlah satu tindakan yang matang dan baik. Ia hanya akan memberikan anda kepuasan sementara dan merosakkan maruah orang lain untuk jangka masa yang lama.

“Saya bukanlah artis atau individu pertama yang telah menjadi mangsa viral di media sosial. Oleh itu, saya berasa bertanggungjawab untuk mengetengahkan isu ini supaya menjadi pengajaran kita semua.

“Sehubungan itu, dia (bekas pemandu) boleh tampil buat permohonan maaf secara terbuka sama ada di media sosial, berjumpa perguam atau hubungi.

“Maka saya beri tempoh sehingga jam enam petang hari ini,” jelasnya.

Sementara itu, pihak peguam Che Ta berkata, andai bekas pemandu tidak membuat permohonan tersebut mereka akan mengambil tindakan undang-undang sivil. – Sinar Harian

Tags: Rozita Che Wansaman
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiga ADUN Fail Saman Cabar Keputusan Speaker Isytihar Kekosongan Kerusi

Tiga ADUN Fail Saman Cabar Keputusan Speaker Isytihar Kekosongan Kerusi

02/01/2026
0

Kangar: Setelah lama mendiamkan diri di sebalik kemelut politik yang melanda Perlis, tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perlis secara...

Saman Pemula UMNO Mohon Pindah Milik Tanah Daripada Tun M, 3 Yang Lain Didengar 24 Jun

Saman Pemula UMNO Mohon Pindah Milik Tanah Daripada Tun M, 3 Yang Lain Didengar 24 Jun

18/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 24 Jun ini untuk mendengar saman pemula difailkan UMNO bagi mendapatkan pengisytiharan supaya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd