• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perbicaraan Penuh Kes Fitnah Menteri Anjur ‘Pesta Gay’

oleh
06/03/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MAHKAMAH Tinggi di sini hari ini menolak permohonan Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abd Samad untuk membatalkan penyataan pembelaan difailkan Presiden Gerakan Muslimah Islam Malaysia (GMIM), Wan Asshima Kamaruddin.

Hakim, Nik Hasmat Nik Mohamad membuat keputusan itu dalam kamar dengan dihadiri peguam, Muhammad Rafiqree Hamka yang mewakili Khalid selaku plaintif dan Wan Rohimi Wan Daud bertindak bagi pihak Wan Asshima yang dinamakan sebagai defendan.

Ketika ditemui media, Wan Rohimi berkata, mahkamah menolak permohonan Khalid dengan kos RM3,000 dan menetapkan 9 April untuk pengurusan kes.

Rafiqree Hamka berkata, Khalid akan mempertimbangkan sama ada memfailkan rayuan atau tidak.

Ditanya apakah alasan mahkamah menolak permohonan anak guamnya, beliau berkata, mahkamah berpendapat perbicaraan perlu dijalankan dalam kes saman itu.

Khalid, 62, memfailkan permohonan itu November lalu, atas alasan pembelaan yang digunakan defendan adalah remeh, menyusahkan dan menyalahgunakan proses mahkamah.

Pada 13 September lalu, Khalid menyaman Wan Asshima, 35, selepas mendakwa defendan pada 18 Ogos lalu dengan sengaja merakam, memuat naik dan/atau menerbitkan sebuah video mengandungi kata-kata fitnah dalam Facebooknya, https://www.facebook.com/wanasshima yang secara langsung merujuk Khalid kerana nama dan jawatannya disebut secara spesifik.

Mengikut penyataan tuntutan, Khalid yang juga ahli Parlimen Shah Alam, mendakwa kata-kata fitnah itu antara lain membawa maksud plaintif mengiktiraf dan mengiyakan kedudukan LGBT (lesbian, gay, biseksual dan transgender) di Malaysia, menaik taraf serta melindungi hak golongan itu kerana berjaya menganjurkan dan meluluskan pesta gay terbesar di Kuala Lumpur sempena bulan Merdeka.

Pengarah Komunikasi Amanah itu mendakwa rakaman itu juga menyatakan beliau atas kapasiti sebagai menteri, pemimpin Amanah dan individu mencabuli hak asasi manusia beragama Islam, undang-undang dan peraturan agama Islam yang termaktub dalam al-Quran serta sunah, menghina kedudukan agama Islam serta menggugat kedudukan wanita Islam apabila menghalalkan dan/atau meluluskan pesta gay terbesar di Kuala Lumpur.

Khalid menegaskan tindakan defendan memuat naik dan/atau menerbitkan kata-kata fitnah itu disengajakan, tanpa sebarang usul periksa dan dengan niat jahat bagi mendorong orang ramai, khususnya umat Islam membenci beliau.

Oleh itu, plaintif menuntut perintah ganti rugi teladan dan ganti rugi melampau daripada defendan.

Plaintif turut memohon defendan menerbitkan permohonan maaf melalui video untuk dimuat naik dalam Facebook defendan dan secara bertulis untuk diterbitkan dalam akhbar Utusan Malaysia dan Berita Harian dalam masa 48 jam daripada tarikh perintah ke atas writ saman itu dalam bentuk serta istilah yang dipersetujui plaintif, dan defendan hendaklah bertanggungjawab menanggung segala kos penerbitan permohonan maaf itu.

Tags: Khalid SamadLGBTPesta Gay
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Normalisasi Budaya Songsang Lemahkan Maruah, Integriti Moral Muslim – Mufti

Normalisasi Budaya Songsang Lemahkan Maruah, Integriti Moral Muslim – Mufti

01/12/2025
0

SHAH ALAM – Normalisasi budaya songsang memberi kesan besar termasuk melemahkan maruah dan integriti moral seorang Muslim serta membuka ruang...

Doktor Bedah, Timbalan Pendakwa Raya, PTD, Guru Antara Ditahan Aktiviti G*y Di KL

Doktor Bedah, Timbalan Pendakwa Raya, PTD, Guru Antara Ditahan Aktiviti G*y Di KL

29/11/2025
0

Doktor Bedah, Timbalan Pendakwa Raya, Pegawai Tadbir Diplomatik, Guru Serta Pegawai Beberapa Agensi Penguat Kuasa Antara Ditahan Aktiviti Jantan Dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd