• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perancis Akui Kritikan Terhadap Sawit Malaysia Tak Berasas

oleh
20/03/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PARIS – Beberapa ahli Parlimen dan pemimpin politik Perancis mengakui kempen negatif Kesatuan Eropah mengenai minyak kelapa sawit Malaysia tidak berasas, kata Timbalan Perdana Menteri, Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Pandangan itu disuarakan ahli Parlimen dan pemimpin politik terbabit ketika pertemuan dengan Wan Azizah di sebuah hotel di sini.

“Ahli Parlimen itu menyatakan mereka telah pergi ke Malaysia dan merasakan memang Malaysia mempunyai persekitaran baik (berkaitan industri kelapa sawit) dan mengakui kelapa sawit kita mendapat publisiti negatif.

“Mereka sendiri pernah ke Malaysia dan melihat sendiri dan mereka tahu kempen negatif ini memang tidak berasas dan mengakui kelapa sawit Malaysia bukan ‘bad practice’ seperti yang didakwa,” katanya kepada Bernama dan RTM di sini, hari ini.

Wan Azizah dalam rangka kerja 4 hari ke Perancis bermula Ahad lalu dengan agenda utama bagi mempengerusikan mesyuarat Biro Pengurusan Transformasi Sosial (MOST) dan Sesi ke-14 Majlis Antara Kerajaan bagi MOST.

MOST ialah program sains antara kerajaan Pertubuhan Pendidikan, Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (Unesco) mengenai transformasi sosial.

Wan Azizah berkata, dalam pertemuan itu, ahli Parlimen dan pemimpin politik Perancis terbabit turut terkejut dimaklumkan Malaysia masih mempunyai lebih 53% keluasan hutan.

“Menerusi kempen negatif mengenai industri sawit Malaysia, mereka diberitahu hutan Malaysia telah berkurangan, tetapi sebenarnya kita ada lebih 53%.

“Saya juga memberitahu mereka mengenai hidupan liar kita yang masih ada dan terpelihara seperti Harimau Malaya dan orang hutan.”

Dua ahli Parlimen Perancis yang hadir dalam pertemuan dengan Wan Azizah itu ialah anggota parti LaREM, Anne Genetet dan anggota parti UDI, Meyer Habib. Mereka disertai 3 lagi pemimpin politik Perancis lain.

Industri minyak sawit negara berdepan kritikan meluas dalam beberapa tahun ini selepas dikaitkan dengan penebangan hutan yang menjejaskan alam sekitar.

Parlimen EU sebelum ini turut meluluskan resolusi memboikot penggunaan produk minyak sawit yang dihasilkan menerusi cara tidak mampan menjelang 2030.

Tags: minyak sawit
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Perkukuh Dagangan Di China, Sasar Peluang Baharu Pasaran Minyak Sawit

Malaysia Perkukuh Dagangan Di China, Sasar Peluang Baharu Pasaran Minyak Sawit

18/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Malaysia sedang mengukuhkan hubungan perdagangan strategiknya dengan China menerusi lawatan rasmi selama seminggu diketuai Timbalan Menteri Perladangan dan...

Mangsa Banjir Di Sarawak Meningkat Kepada 418 Orang

EU Dijangka Iktiraf Minyak Sawit Mampan Malaysia

17/02/2024
1

Kuching: Industri sawit negara dijangka menerima khabar positif berhubung Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) daripada Kesatuan Eropah (EU) tidak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd