• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penyokong Kerajaan Mahu Pengerusi PAC Ditukar

oleh
25/03/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Penyokong kerajaan dalam sidang Dewan Rakyat hari ini mendesak mahu Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) dilantik dalam kalangan Ahli Parlimen pembangkang selari dengan manifesto Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) Pakatan Harapan (PH).

Penyokong kerajaan itu diketuai oleh Lim Lip Eng (PH-Kepong) yang mahu pihak Yang Dipertua Dewan Rakyat membuat keputusan tentang perkara tersebut.

“Peraturan Mesyuarat 77 (2), tentang PAC. Dalam kurungan dua, jawatankuasa ini hendaklah mengandungi seorang Pengerusi dan Naib Pengerusi yang akan dilantik oleh majlis.

“Ternyata penyokong kerajaan ingin ganti Pengerusi PAC dengan ahli pembangkang. Dengan rasa hormat kepada Ahli Parliman Beluran (Datuk Seri Ronald Kiandee). Tetapi ini prinsip.

“Alasan permintaan ini adalah kerana manifesto pilihan raya PH. Kita mesti tunaikannya, jadi saya minta pihak Yang Dipertua Dewan Rakyat membuat keputusan,” katanya yang bangun mencelah selepas sesi soal jawab sidang Dewan Rakyat hari ini.

Gesaan beliau itu disokong oleh Datuk Seri Ahmad Maslan (BN-Pontian) kerana sudah terlalu banyak kerajaan PH gagal menunaikan janji.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd. Rashid Hasnon bagaimanapun berkata pihaknya mengambil maklum perkara tersebut dan akan dibincangkan.

Jawatan Pengerusi PAC kini disandang oleh Ronald, namun kedudukannya dipersoalkan memandangkan beliau dilantik memegang jawatan itu sewaktu masih bersama UMNO dan BN.

Pada hujung tahu lalu, Ronald bersama beberapa lagi Ahli Parlimen UMNO mengumumkan keluar daripada UMNO dan kemudian baru-baru ini menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Kerajaan PH sebelum ini telah berjanji supaya Pengerusi PAC akan dipilih dalam kalangan pemimpin parti pembangkang.

Tiadanya tanda-tanda akan berlaku pertukaran jawatan Pengerusi PAC didakwa menjadi antara sebab Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar meletakkan jawatan sebagai seorang daripada Ahli PAC. – UTUSAN ONLINE

Tags: Pengerusi PACRonald Kiandee
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Penjawat Awam Diminta ‘Ikat Perut’ – Mahathir

Next Post

Bazar Ramadan Lorong TAR Dapat Bantahan, Aduan

Related Posts

PRU15: Ronald Kiandee Tawar Diri Tanding Di Beluran Atas Tiket PN

PRU15: Ronald Kiandee Tawar Diri Tanding Di Beluran Atas Tiket PN

05/11/2022
0

BELURAN : Naib Presiden BERSATU, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee menawarkan diri untuk bertanding mempertahankan kerusi Parlimen Beluran pada Pilihan...

Industri Agromakanan Disaran Manfaat Dana RM210 Juta

02/11/2021
0

  KUALA LUMPUR : Golongan pemain dalam rantaian industri agromakanan disaran untuk merebut manfaat daripada dana RM210 juta yang disediakan...

Next Post

Bazar Ramadan Lorong TAR Dapat Bantahan, Aduan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd