• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengebumian Pertama Mangsa Keganasan Di NZ

oleh
20/03/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

CHRISTCHURCH – Ratusan orang ramai berkumpul di tanah perkuburan hari ini untuk menghadiri pengebumian pertama mangsa pembunuhan beramai-ramai di dua masjid Jumaat lalu.

Pengganas Australia menembak mati 50 jemaah di dua masjid di Christchurch Jumaat lalu dalam kejadian yang disiarkan secara langsung oleh pelampau kulit putih berkenaan.

Pagi ini, ratusan penduduk kebanyakannya beragama Islam berkumpul di tanah perkuburan tidak jauh dari Masjid Linwood, lokasi sasaran kedua serangan pengganas itu.

Mereka berpelukan sesama sendiri, berada di bawah khemah besar bersebelahan beberapa kubur yang baru digali.

Antara yang hadir ialah pelarian Afghanistan, Abdul Aziz, yang berhadapan dengan pengganas itu di Masjid Linwood.

Pegawai majlis tidak menyiarkan nama mereka yang dikebumikan hari ini tetapi sebahagian yang hadir memberitahu mereka dimaklumkan dua jenazah akan dikebumikan.

“Selepas solat, jenazah akan dibawa ke tanah perkuburan itu dan dikebumikan,” kata pegawai Majlis Bandaraya Christchurch, Jocelyn Ritchie.

Anggota keluarga mangsa meluahkan kesedihan kerana kegagalan pihak berkuasa menyerahkan mayat untuk dikebumikan dengan segera, seperti dituntut Islam.

Cuma enam daripada 50 mayat dikembalikan kepada keluarga mereka setakat ini.

Pesuruhjaya Polis, Mike Bush, berkata proses lambat kerana keperluan mengenal pasti mangsa dan mengelakkan pendakwaan terhalang. – Agensi

Tags: al Noor ChristchurchNew Zealand
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Gempa Bumi 6.2 Magnitud Landa Barat Daya New Zealand

Gempa Bumi 6.2 Magnitud Landa Barat Daya New Zealand

29/04/2025
0

ISTANBUL - Gempa bumi berukuran 6.2 magnitud menggegarkan kawasan berhampiran bandar Bluff di barat daya New Zealand, lapor Anadolu Ajansi...

NZ Mansuhkan Larangan Hisap Rokok Untuk Generasi Akan Datang

NZ Mansuhkan Larangan Hisap Rokok Untuk Generasi Akan Datang

28/11/2023
0

AUCKLAND: New Zealand bakal membatalkan larangan untuk generasi akan datang menghisap rokok yang mendapat pujian seluruh dunia, sebelum ini. IKUTI...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd