• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 14, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pencemaran Toksik Sungai Kim Kim Bukan Isu Besar – MB

oleh
14/03/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Menteri Besar Datuk Osman Sapian menyifatkan kejadian pencemaran toksik yang berlaku di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang sejak Khamis lalu hingga menyebabkan 506 mangsa dirawat dan 43 sekolah di kawasan sekitar ditutup bukanlah isu besar.

Osman berkata, isu yang menggemparkan negara itu sederhana sahaja kerana tidak menyebabkan kematian dan tidak ada yang kritikal.

“Kalau nak saya kategorikan, isu ini tidak besar tetapi sederhana sahaja. Walaupun sederhana, kita sedang ambil tindakan seterusnya antaranya pada malam ini juga kita gerakkan menambah kontraktor untuk kerja pembersihan di Sungai Kim Kim.

“Sehingga petang tadi, seorang mangsa yang dikatakan kritikal, saya sudah berbual dengan dia sebentar tadi. Kalau benda ini tidak boleh diubati, sampai hari ini pastinya dia masih lagi kritikal.

“Tular mengenai mangsa terhidu toksik hingga kencing berdarah adalah tidak benar, itu adalah ubat dan disahkan oleh doktor. Macam kita minum air oren, kencing kita menjadi kuning disebabkan air itu,” katanya kepada pemberita selepas melawat pesakit di Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini, malam tadi.

Dalam pada itu, Osman juga menempelak dakwaan sesetengah pihak yang mendakwa kerajaan negeri lambat bertindak dan menjelaskan isu itu dari awal berada dalam pengetahuan mereka serta sudah mengambil langkah berjaga-jaga sejak malam kejadian dilaporkan.

“Pembangkang sepatutnya tampil ke hadapan membantu bukannya mengkritik, menakut-menakutkan. Sepatutnya mereka tubuh sendiri jawatankuasa dia bertindak bersama-sama kerajaan, barulah dikatakan pemimpin setia kepada rakyat, kritik sahaja tidak mengubah apa-apa,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tags: Osman Sapianpasir gudangpencemaran toksik
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

“PH Lebih Bimbang Kos Pembersihan Daripada Nyawa”

Next Post

Gmail, Google Drive Hadapi Masalah Seluruh Dunia

Related Posts

[TIDAK RASMI] Noor Azleen Mendahului Di Pasir Gudang

[TIDAK RASMI] Noor Azleen Mendahului Di Pasir Gudang

19/11/2022
0

JOHOR BAHRU : Calon Barisan Nasional (BN), Noor Azleen Ambros mendahului kiraan undi di Parlimen Pasir Gudang sehingga pukul 8.10...

Gangguan Air Di Pasir Gudang Jadi ‘Bahan’ BN Perlekeh Lawan

Gangguan Air Di Pasir Gudang Jadi ‘Bahan’ BN Perlekeh Lawan

31/10/2022
0

Masalah bekalan air yang berlanjutan selama empat hari di kawasan Pasir Gudang, Johor, bertukar menjadi isu politik apabila BN menggunakannya...

Next Post

Gmail, Google Drive Hadapi Masalah Seluruh Dunia

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd