• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, July 12, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pencemaran Toksik: Sultan Ibrahim Kurnia RM1 Juta

oleh
14/03/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan mengurniakan sumbangan berjumlah RM1 juta bagi memperhebatkan operasi menyelamat, merawat serta mencegah pencemaran bahan kimia di Pasir Gudang.

Menerusi catatan dalam laman Facebook Sultan Johor, Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah bertitah, sumbangan itu juga membolehkan agensi penyelamat serta pihak berkuasa yang terbabit dalam operasi dapat memperlengkapkan pasukan masing-masing dengan kemudahan diperlukan.

“Tuanku Sultan ada membincangkan perkara ini dengan saya sebagai Penasihat DiRaja Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia dan baginda juga amat tersentuh apabila mendengar sebuah klip rakaman di mana seorang lelaki menangis sambil meminta bantuan menyelamatkan anaknya.

“Tuanku Sultan turut berpendapat dengan kurniaan sumbangan peribadi baginda, ia dapat membantu pihak berkuasa serta agensi penyelamat seperti bomba dan PDRM (Polis Diraja Malaysia) memperlengkapkan pasukan mereka demi membantu rakyat,” titah Permaisuri Johor kepada Royal Press Office (RPO) yang dimuat naik ke Facebook rasmi Sultan Johor di sini, hari ini.

Dalam satu kenyataan sebelum ini, Sultan Johor murka dan kesal terhadap mereka yang didapati terlibat dalam kes pembuangan bahan kimia ke dalam Sungai Kim Kim di Pasir Gudang sehingga memberi kesan kepada murid, pelajar sekolah serta orang awam.

Baginda mahu pihak berkuasa melakukan siasatan secara menyeluruh terhadap insiden itu serta mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang melakukan perbuatan itu.

Pencemaran toksik sejak Khamis lalu, akibat pembuangan bahan kimia di Sungai Kim Kim di Pasir Gudang merekodkan sejumlah 506 orang dirawat dengan sembilan daripadanya di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultan Ismail (HSI).

Berikutan itu, kesemua 111 sekolah di Pasir Gudang, diarah tutup serta-merta mulai semalam sehingga ke satu tarikh yang akan diumumkan kelak.

Tags: pencemaransisa toksikSultan IbrahimSultan Johor
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

‘Airbus Beluga XL’ Menjadi Tarikan Umum

Next Post

947 Mangsa Pencemaran Toksik Setakat Ini

Related Posts

Sultan Ibrahim Berpendirian Tegas, Berani

Sultan Ibrahim Berpendirian Tegas, Berani

03/02/2024
0

ISKANDAR PUTERI : Kepimpinan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim yang dikenali sebagai Raja berpendirian tegas dan berani, mampu menjadi pemangkin...

Hukuman Penjara Najib Razak Dikurangkan Separuh Daripada 12 Kepada 6 Tahun, Kata Sumber Rasmi

Sultan Ibrahim Lafaz Sumpah Jawatan Yang Di-Pertuan Agong Ke-17

31/01/2024
0

Kuala Lumpur: Sultan Johor Sultan Ibrahim hari ini selamat melafaz sumpah memegang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 dalam upacara...

Next Post

947 Mangsa Pencemaran Toksik Setakat Ini

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd