• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pekak Selepas Tertidur Sambil Pakai Fon Telinga

oleh
09/03/2019
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAIPEI – Seorang penuntut universiti dilaporkan pekak sebelah telinga selepas tertidur sambil memakai fon telinga ketika mendengar muzik, dalam kejadian di Taiwan baru-baru ini.

Daily Mail melaporkan, dia mengalami masalah itu selepas salah satu fon telinga masih berada di telinganya hingga pagi, kata doktor.

Bagaimanapun, penuntut tahun kedua itu bernasib baik kerana dapat mengelakkan daripada mengalami cacat kekal selepas lima hari menerima rawatan di Asia University Hospital di bandar Taichung, Taiwan.

Pengarah Jabatan Otorhinolaryngology hospital terbabit, Dr. Tian Huiji menjelaskan, aliran darah dalam badan manusia akan menjadi perlahan ketika tidur.

Katanya, keadaan aliran darah itu juga menyebabkan telinga tidak dapat menerima bunyi muzik terlalu kuat dan boleh menjadi punca seseorang hilang pendengaran secara tiba-tiba.

Tahun lalu, seorang Prof. Madya Klinikal di New York University, Dr. William Shapiro mendakwa, golongan muda sering tidak mengendahkan nasihat lalu merosakkan pendengaran mereka akibat mendengar muzik terlalu kuat menggunakan fon kepala. – Agensi

Tags: fon telingapekak
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Hello Kitty Bakal Buat Penampilan Di Hollywood

Next Post

Tuah Pelayan Temui Muntah Paus RM2 Juta

Related Posts

Lelaki Tertelan Fon Telinga Ketika Tidur

09/02/2021
0

MASSACHUSETTS - Gara-gara tabiat gemar memakai fon telinga ketika tidur, seorang lelaki di Amerika Syarikat tertelan alat itu. Brad Gauthier,...

Buruh Ditampar Polis Hingga Pekak Dapat RM120,400

17/04/2019
0

KOTA BHARU – Derita seorang buruh, Mohd Faizu Ramli, 32, yang pekak telinga kiri kerana ditampar anggota polis empat tahun...

Next Post

Tuah Pelayan Temui Muntah Paus RM2 Juta

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd