• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pasangan Usung Anak Jelajah Dunia

oleh
23/03/2019
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LONDON – Sepasang suami isteri, Karen Edwards, 34, dan Shaun Bayes, 33, telah membawa dua anak mereka mengembara ke berpuluh-puluh buah negara di seluruh dunia bermula pada tahun 2015.

Karen memaklumkan dua anaknya Esme Bayes, 4, dan Quinn Bayes, 12 bulan, masing-masing telah melawat 40 dan 28 buah negara sejak mereka lahir.

“Semuanya bermula pada cuti berpantang selepas melahirkan Esme. Apabila dia baru berusia enam bulan, kami membuat keputusan untuk ke Singapura dan terus mengembara selama 10 bulan sebelum pulang ke Britain,” kata Karen yang berasal dari Crystal Palace, London.

“Quinn dan Esme suka menaiki penerbangan. Mereka telah pergi ke Hong Kong, Bali, Kemboja, Panama, Taiwan dan Bolivia. Kami boleh melakukan semua ini kerana Shaun bekerja sendiri sebagai jurubina, jadi mudah untuk kami bercuti bersama,” tambahnya.

Menurut pasangan itu, pengembaraan kali kedua memerlukan ‘tempoh percubaan’ bersama Esme dan Quinn yang ketika itu baru berusia tujuh bulan kerana ketika pengembaraan pertama, mereka hanya perlu fokus kepada seorang bayi.

Dalam pada itu, keluarga empat beranak itu kini merancang untuk menjual rumah mereka di London bagi membeli hartanah untuk disewakan di kawasan pinggir bandar seterusnya menampung perbelanjaan mengelilingi dunia. – Agensi

Tags: jelajah duniamengembara
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Trend Mengembara Kini Beralih Kepada Secara Digital

27/12/2018
0

KUALA LUMPUR – Pengembaraan khusus mengikut pilihan individu kini semakin mudah dan menjadi trend terutama dalam kalangan generasi muda susulan...

Peminat Iceland Bawa Semangat Viking Ke Rusia

21/06/2018
0

VOLGOGRAD - Berbekal semangat Viking, dua peminat Iceland mengembara sejauh 5,000 kilometer dengan kereta buatan Rusia, Lada untuk menyokong pasukan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd