• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pakaian Warna Warni: ADUN Bukit Lanjan Tak Puas Hati

oleh
20/03/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – ADUN Bukit Lanjan seolah-olah tidak berpuas hati dengan teguran Speaker DUN Selangor berhubung cara pemakaiannya apabila memuat naik beberapa status bergambar di akaun Facebook miliknya, semalam.

Status turut memaparkan gambar pakaian dipakainya ketika hadir ke sidang DUN semalam, Elizabeth Wong Keat Ping menulis pakaian tersebut menyebabkan Speaker begitu marah dan menegurnya.

“Hari ini (semalam) dalam sidang DUN, daripada memberi tumpuan kepada apa yang diperkatakan, ada seorang ahli politik lelaki sebaliknya memberi tumpuan kepada apa yang saya pakai.

“Bila saya beritahu Speaker notisnya (pemberitahuan mesyuarat) tidak menyatakan sebarang had warna untuk pakaian (dan pada masa lalu peraturan ini tidak pernah dinyatakan perkara sedemikian), beliau (Speaker) membalas oh..saya membuat keputusan itu sebentar tadi (semalam),” muat naiknya dalam beberapa status berbeza.

Elizabeth yang juga bekas Exco Selangor itu turut memuat naik gambar notis asal pemberitahuan mesyuarat daripada pejabat Speaker yang didakwanya tidak menyatakan wanita harus mematuhi peraturan warna pakaian.

Dalam notis tersebut tertulis pakaian semasa persidangan adalah lounge suit gelap bagi pegawai lelaki dan tertib serta memakai blazer bagi wanita.

Terdahulu, Speaker DUN, Ng Suee Lim menegur Elizabeth Wong kerana tidak mematuhi etika berpakaian ketika hadir pada sidang DUN, semalam.

Elizabeth memakai blazer putih dengan kain biru muda serta kasut but merah. Suee Lim berkata, semua wakil rakyat perlu menghormati DUN kerana mereka bukan menghadiri pertunjukan fesyen.

“Ini bukan ‘fashion show’, yang mana pelbagai baju atau kot pelbagai warna, tapi ini dewan, kita perlu menghormatinya.

“Kita menghormati dewan yang mulia ini, dan masa sama rakyat perhatikan kita, jadi wajar untuk kita ikut peraturan sedia ada termasuk daripada segi etika pemakaian,” katanya.

Beliau berkata, teguran tersebut diberi kepada semua ADUN tanpa mengira daripada pihak kerajaan mahupun pembangkang. – Sinar Harian

Tags: DUN SelangorElizabeth WongSeksis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tidak Rasmi: PH-BN Mendahului Jumlah Kerusi DUN Selangor

Tidak Rasmi: PH-BN Mendahului Jumlah Kerusi DUN Selangor

12/08/2023
0

PETALING JAYA : Pakatan Harapan dan Barisan Nasional (PH-BN) mendahului 20 kerusi daripada 56 kerusi DUN yang dipertandingkan dalam PRN...

Hasil Kerjasama BN, PH Mampu Menang 45 Hingga 47 Kerusi DUN Selangor

Hasil Kerjasama BN, PH Mampu Menang 45 Hingga 47 Kerusi DUN Selangor

14/01/2023
0

SHAH ALAM : Pakatan Harapan (PH) optimis mampu menang di antara 45 hingga 47 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd