• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAC: Tidak Hadir Mesyuarat Tanda Letak Jawatan

oleh
28/03/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, secara rasminya semua wakil Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) pembangkang telah meletakkan jawatan apabila tidak menghadiri mesyuarat yang diadakan.

Jelas beliau, tindakan tersebut adalah kerana kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak mengotakan janji manifesto apabila masih mengekalkan Ronald Kiandee sebagai Pengerusi PAC.

“Walaupun belum menghantar surat perletakan jawatan namun tindakan ke semua ahli PAC daripada pembangkang yang tidak menghadiri mesyuarat tersebut jelas menunjukkan mereka telah meletak jawatan.

“Ini kerana tindakan kerajaan PH yang masih mengekalkan Ronald sebagai Pengerusi selepas Ronald melompat parti dan menyertai PPBM. Betul, selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), PH melantik Ronald (ketika itu masih bersama BN) sebagai Pengerusi tetapi kini dia telah lompat parti dan seharusnya jawatan tersebut diganti oleh orang lain daripada blok pembangkang.

“Dari segi semak dan imbang lebih baik dipengerusikan wakil dari pembangkang bagi menampakkan bahawa kerajaan ini telus dan tidak melindungi apa-apa kejadian di bawah kementerian mahupun agensi.

“Jika Pengerusi dan Timbalan PAC daripada kerajaan, ini jelas menunjukkan kerajaan ingin monopoli PAC, apa maknanya jika itu kehendak mereka? Sebenarnya mereka ingin menguasai PAC,” katanya kepada media di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Selain blok pembangkang, terdapat juga beberapa Ahli Parlimen kerajaan yang tidak bersetuju mengenai jawatan pengerusi PAC diberikan kepada Ahli Parlimen Kerajaan antaranya Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar dan Ahli Parlimen Subang, Tuan Wong Chen.

“Kalau pembangkang jadi Pengerusi PAC, kita akan masuk balik dan sokong sebab itu janji manifesto PH,” tegas beliau yang juga Ahli Parlimen Bera. – MediaUMNO

Tags: Ismail Sabri YaakobPAC
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Adakah Sebab Saya Menteri Dari DAP?’ – Loke Bidas Pengerusi PAC

‘Adakah Sebab Saya Menteri Dari DAP?’ – Loke Bidas Pengerusi PAC

05/02/2025
0

PUTRAJAYA: Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mempersoal tindakan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) untuk memanggil beliau susulan dakwaan kerugian RM500 juta...

PAC Dedah Kabinet Lulus Dua Sistem Pengurusan Pekerja Asing Laksana Fungsi Sama

PAC Dedah Kabinet Lulus Dua Sistem Pengurusan Pekerja Asing Laksana Fungsi Sama

03/07/2024
0

KUALA LUMPUR : Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mendedahkan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 2015 meluluskan dua sistem pengurusan pekerja asing...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd