• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nurul Izzah Letak Jawatan Ahli PAC

oleh
22/03/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar dilaporkan telah meletakkan jawatan sebagai seorang daripada ahli dalam Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

Memetik laporan portal berita Malaysiakini, Nurul Izzah dikatakan membuat keputusan berkenaan disebabkan tidak berpuas hati dengan pemilihan kepemimpinan PAC.

Hal ini berlaku selepas Pengerusi PAC, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee meninggalkan UMNO dan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pimpinan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

“Malaysiakini difahamkan ahli Parlimen dari PKR itu telah mengemukakan peletakan jawatannya kepada Ronald, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md. Yusof dan Ketua Whip kerajaan, Datuk Johari Abdul,” kata laporan tersebut hari ini.

Pakatan Harapan (PH) sebelum ini berjanji supaya Pengerusi PAC akan dipilih dalam kalangan pemimpin parti pembangkang.

Namun begitu, Dr. Mahathir memberitahu Ronald kekal sebagai Pengerusi PAC walaupun telah menyertai Bersatu kerana walaupun jawatan tersebut diperuntukkan untuk diisi oleh Ahli Parlimen pembangkang tetapi ia adalah perkara dasar oleh kerajaan dan ‘ia bukan sesuatu yang diinstitusikan atau sebahagian daripada perlembagaan’

Perkara tersebut menyaksikan kedua-dua jawatan tertinggi dalam PAC dipegang wakil kerajaan buat kali pertama sejak 2004 selepas Timbalan Pengerusi jawatankuasa itu turut dipegang Ahli Parlimen Ipoh Timur dari DAP, Wong Kah Woh.

Nurul Izzah dalam akaun Twitter miliknya minggu lalu meluahkan rasa ketidakpuasan hatinya berhubung jawatan Pengerusi PAC dan berharap jawatan tersebut diisi Ahli Parlimen pembangkang.

“Pengerusi PAC mesti diisi oleh pembangkang bagi memastikan kebertanggungjawaban pihak eksekutif.

“Yang Dipertua Dewan Rakyat sekarang jelas memiliki niat untuk melakukan pembaharuan institusi untuk memastikan Parlimen berada pada kedudukan sama dengan eksekutif. Saya akan mengingatkan beliau untuk turut melakukan perkara sama terhadap PAC,” ujar beliau. – UTUSAN ONLINE

Tags: Nurul Izzah AnwarPAC
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Adakah Sebab Saya Menteri Dari DAP?’ – Loke Bidas Pengerusi PAC

‘Adakah Sebab Saya Menteri Dari DAP?’ – Loke Bidas Pengerusi PAC

05/02/2025
0

PUTRAJAYA: Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mempersoal tindakan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) untuk memanggil beliau susulan dakwaan kerugian RM500 juta...

PAC Dedah Kabinet Lulus Dua Sistem Pengurusan Pekerja Asing Laksana Fungsi Sama

PAC Dedah Kabinet Lulus Dua Sistem Pengurusan Pekerja Asing Laksana Fungsi Sama

03/07/2024
0

KUALA LUMPUR : Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mendedahkan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 2015 meluluskan dua sistem pengurusan pekerja asing...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd