• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Fail Rayuan Gugur Sri Ram Sebagai Ketua Pendakwa

oleh
07/03/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

NAJIB Razak memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan untuk menghalang Gopal Sri Ram daripada mengetuai pendakwaan kesnya berkaitan 1MDB, yang dijadualkan bermula bulan depan.

Bekas perdana menteri itu turut memfailkan satu lagi rayuan bagi menghentikan perbicaraan yang ditetapkan pada 15 April ini, sementara menunggu keputusan mahkamah berhubung status Sri Ram.

Peguam, Muhammad Farhan Muhammad Shafee yang mewakili Najib berkata, rayuan itu difailkan Jumaat lalu, selepas permohonan ahli Parlimen itu ditolak Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Akram Gharib berkata, pendaftar Mahkamah Rayuan menetapkan 22 Mac ini untuk satu lagi pengurusan kes kerana rekod rayuan dari Mahkamah Tinggi belum disediakan.

“Pendaftar Mahkamah Rayuan, Norsharidah Awang sudah memberikan tarikh lain,” katanya kepada wartawan hari ini.

Minggu lalu, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Collin Lawrence Sequerah menolak permohonan Najib untuk menggugurkan Sri Ram sebagai ketua pendakwa bagi kesnya berkaitan 1MDB.

Sequerah dilaporkan berkata, tiada alasan menunjukkan Sri Ram berat sebelah sebagai timbalan pendakwa raya yang mengendalikan kes itu.

Beliau turut menolak permohonan ketua peguam Najib, Muhammad Shafee Abdullah, untuk menangguhkan perbicaraan sementara menunggu rayuan status Sri Ram.

September lalu, Najib berdepan 4 pertuduhan rasuah dan 21 dakwaan pengubahan wang membabitkan dana 1MDB berjumlah RM2.28 bilion.

Perbicaraannya ditetapkan bermula 15 April hingga 3 Mei ini, dengan kira-kira 50 saksi pendakwaan bakal memberi keterangan.

Bekas hakim itu turut mengetuai pendakwaan bagi kes pecah amanah Najib membabitkan penyalahgunaan dana kerajaan bagi penyelesaian bayaran kepada International Petroleum Investment Company (IPIC) dan dakwaan meminda laporan audit 1MDB.

Sri Ram turut mewakili Jabatan Peguam Negara mendakwa isteri Najib, Rosmah Mansor, Shafee, bekas ketua setiausaha Perbendaharaan, Irwan Serigar Abdullah, bekas pengarah eksekutif 1MDB, Arul Kanda Kandasamy, bekas timbalan perdana menteri, Ahmad Zahid Hamidi, bekas ketua perisikan, Hasanah Ab Hamid dan bekas ketua menteri Sabah, Musa Aman. – FMT

Tags: gopal sri ramNajib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Bunuh Budak 3 Tahun, Suami Isteri Direman 7 Hari

Next Post

Lim Guan Eng Tak Layak Membarisi Kabinet Kerajaan

Related Posts

PM Ucap Takziah Kepada Keluarga Mendiang Gopal Sri Ram

PM Ucap Takziah Kepada Keluarga Mendiang Gopal Sri Ram

29/01/2023
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Timbalan Pendakwa Raya Kanan...

Pendakwa Kes 1MDB, Gopal Sri Ram Meninggal Dunia

Pendakwa Kes 1MDB, Gopal Sri Ram Meninggal Dunia

29/01/2023
0

KUALA LUMPUR : Bekas hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Gopal Sri Ram, 79, meninggal dunia di sebuah hospital swasta di...

Next Post

Lim Guan Eng Tak Layak Membarisi Kabinet Kerajaan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd