• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MAHB Jawab Vincent, Nahas Di LTSAAS Masih Disiasat

oleh
22/03/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) berkata apa-apa kesimpulan mengenai kemalangan di landasan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah Subang (LTSAAS) sekarang ini adalah “terlalu awal”.

Menjawab kenyataan ahli perniagaan, Vincent Tan kepada media mengenai kemalangan yang berlaku pada Isnin, MAHB menegaskan siasatan sedang dijalankan Biro Siasatan Kemalangan Udara (AAIB) dan polis.

“Apa-apa kesimpulan pada tahap ini adalah terlalu awal dan kami menggesa media dan orang ramai supaya tidak membuat apa-apa spekulasi sehingga siasatan pihak berkuasa selesai sepenuhnya,” kata MAHB kepada FMT.

Pengerusi Eksekutif Kumpulan Berjaya hari ini menyalahkan pihak berkuasa lapangan terbang selepas seorang kakitangan MAHB, Mohd Ruzaimi Iskandar Ahmad Razali, cedera parah kerana terlibat dalam kemalangan dengan sebuah pesawat persendirian.

Vincent mengesahkan pesawat Berjaya Air terlibat dalam kemalangan itu, tetapi berkata juruterbangnya mendapat kebenaran daripada menara kawalan sebelum mendarat.

Katanya, pihak berkuasa lapangan terbang sepatutnya memberi amaran kepada pesawatnya bahawa kerja-kerja penyelenggaraan sedang dijalankan di landasan itu.

Ruzaimi menghembuskan nafas terakhir Selasa lepas semasa dirawat di sebuah hospital swasta.

Kementerian Pengangkutan berkata siasatan AAIB dijangka siap dalam masa sebulan. – FMT

Tags: LTSAASMAHBvincent tan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pihak Berkuasa Lapangan Terbang Cuai – Vincent Tan

Next Post

Haziq Tergolong Dalam Mati Syahid Akhirat

Related Posts

Penjelasan Jualan Saham MAHB Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

Penjelasan Jualan Saham MAHB Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

25/06/2024
1

Kuala Lumpur : Penjelasan mengenai penjualan saham Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) kepada Global Infrastructure Partners (GIP) antara perkara yang...

Penumpang Terkandas Ruang Udara LTSAAS Ditutup

30/05/2022
0

KUALA LUMPUR: Ramai penumpang yang menggunakan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) Subang didakwa terkandas berikutan penutupannya bagi sebarang...

Next Post

Haziq Tergolong Dalam Mati Syahid Akhirat

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd