• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahathir Nafi Siti Aisyah Bebas Melalui Rundingan

oleh
12/03/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tun Dr. Mahathir Mohamad menafikan pembebasan warga Indonesia, Siti Aisyah daripada tuduhan membunuh abang pemimpin Korea Utara, Kim Jong-nam semalam atas rundingan kerajaan Indonesia dan Malaysia.

Perdana Menteri bagaimanapun menegaskan bahawa beliau tidak mengetahui maklumat lanjut mengenai perkara tersebut.

“Ini keputusan yang dibuat oleh mahkamah, dia dibicarakan dan didakwa ditarik balik. Itu proses yang mengikut undang-undang, ada hak tarik balik pendakwaan, itu dilakukan.

“Saya tak tahu perincian sebab-sebabnya tapi pendakwa raya boleh tarik balik pendakwaan,” katanya dalam sidang akhbar di lobi Parlimen, hari ini.

Kenyataan Dr. Mahathir itu walau bagaimanapun bercanggah dengan kenyataan Menteri Hukum dan Hak Asasi Manusia Indonesia, Yasonna H. Laoly pada sidang media di Pejabat Kedutaan Besar Indonesia di sini, semalam yang berterima kasih kepada seluruh kepemimpinan kerajaan Malaysia terutama Dr. Mahathir dan Peguam Negara, Tommy Thomas.

Jelas Yasonna, kedua-dua pemimpin berkenaan yang memberikan maklum balas positif terhadap permohonan pihaknya untuk membebaskan Siti Aisyah daripada tuduhan terbabit hingga menjadi kenyataan, hari ini.

“Jokowi pernah mengadakan pertemuan tahun lalu dengan Dr. Mahathir untuk memohon perkara sama, malah saya sendiri pada Ogos tahun lalu ada bertemu Perdana Menteri Malaysia itu, Thomas dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun di Putrajaya bagi memohon membebaskan Siti Aisyah,” katanya.

Mahkamah Tinggi Shah Alam semalam melepas tanpa membebaskan Siti Aisyah daripada pertuduhan membunuh Jong-nam, selepas Pejabat Peguam Negara menarik balik pendakwaan terhadapnya mengikut Seksyen 254(1) Kanun Acara Jenayah.

Siti Aisyah dan seorang warga Vietnam, Thi Huong, didakwa bersama empat lagi yang masih bebas, membunuh Jong-nam, 45, di Balai Berlepas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) pada jam 9 pagi 13 Februari 2017. – UTUSAN ONLINE

Tags: Kes Bunuh Jong-NamMahathir MohamadSiti Aisyah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

04/08/2022
0

Satu gagasan baru berteraskan agenda Melayu dan Islam yang dipimpin Dr Mahathir Mohamad bakal ditubuhkan. Ikuti Mynewshub: Telegram Pada majlis solat...

Tun M Minta Semak Semula Bajet 2022

02/11/2021
0

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meminta kerajaan menyemak semula Bajet 2022, belanjawan terbesar dalam sejarah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd