• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Laporan Majlis Penasihat Kerajaan Kekal Di Bawah OSA

oleh
28/03/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Akta Rahsia Rasmi (OSA) pernah ditentang habis-habisan oleh pemimpin Pakatan Harapan (PH) sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang lalu.

Antara kritikan mereka terhadap undang-undang itu ialah ianya dilihat ‘usang’ dalam era maklumat ketika ini perlu digantikan dengan akta lain.

Namun selepas 10 bulan mereka membentuk kerajaan persekutuan, keperluan akta tersebut diakui pula oleh pemimpin PH.

Terbaru, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Mohamed Hanipa Maidin memberitahu Dewan Rakyat laporan Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) kekal di bawah OSA kerana ia mengandungi maklumat sulit.

Katanya, laporan itu berada di tangan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan kerajaan tidak berhasrat mendedahkannya kepada umum.

“Ada yang tanya kenapa laporan itu di bawah OSA. Saya mahu tegaskan OSA diperlukan di mana-mana negara.

“Sebelum ini, kami marah bukan kerana OSA, tetapi kerana ia disalahgunakan untuk melindungi rasuah dan salah laku,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan ahli Parlimen Ipoh Timur DAP, Wong Kah Woh di Dewan Rakyat, Khamis.

Kah Woh di dalam soalannya bertanya samada kerajaan akan mendedahkan laporan itu supaya ia boleh dibahaskan orang ramai.

Menurut Hanipa lagi, PH turut menentang penyalahgunaan undang-undang.

“Tetapi, sekarang kami mahu melindungi maklumat yang dianggap sulit,” katanya.

Sebelum ini, ahli CEP, KS Jomo berkata, laporan itu tidak patut didedahkan kepada awam kerana ia mengandungi maklumat sensitif yang boleh disalahgunakan.

CEP turut dianggotai bekas menteri kewangan, Tun Daim Zainuddin; bekas gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz; bekas ketua pegawai eksekutif Petronas, Tan Sri Hassan Marican dan taikun, Tan Sri Robert Kuok. – Agenda News

Tags: Akta Rahsia RasmiCEPMajlis Penasihat KerajaanOSA
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Perlu Berhati-Hati Dedah Laporan CEP

04/04/2019
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan perlu berhati-hati dalam memutuskan sama ada laporan Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) wajar didedahkan kepada umum atau...

Tun Daim Tidak Punya Kuasa Dedahkan Laporan CEP

31/03/2019
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan (CEP), Tun Daim Zainuddin menjelaskan beliau tidak mempunyai kuasa untuk membuat keputusan bagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd