• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lantikan Politik: PH Penuh Dengan Ironi, Hipokrasi

oleh
20/03/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kenyataan pemimpin Pakatan Harapan (PH) yang mahu menghentikan lantikan politik dalam syarikat milik kerajaan (GLC) dilihat penuh dengan ironi dan hipokrasi.

Presiden Gerakan, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai berkata, walaupun sering melaungkan janji berkenaan, masih ramai pemimpin dan ahli dari parti komponen PH yang dilantik mengetuai GLC, jabatan kerajaan serta kedutaan Malaysia ke luar negara.

“Akankah lantikan politik DAP seperti Wong Tack, Tan Kok Wai dan Hew Kuan Yau yang mempunyai kaitan dengan DAP akan mengosongkan jawatan yang diterima seperti saranan Perdana Menteri?” soalnya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Dalam Janji 22 Buku Harapan, PH telah berjanji untuk memastikan pelantikan ahli lembaga pengarah ke dalam GLC nasional dan negeri adalah dari kalangan profesional dan bukan berdasarkan kaitan politik mereka.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pula dalam jawapannya ketika sesi Waktu Pertanyaan Menteri dalam Sidang Dewan Rakyat minggu lalu memberitahu, kerajaan akan menambah baik takrifan ‘ahli politik’ yang didapati tidak sesuai dilantik sebagai pengerusi atau ahli lembaga pengarah GLC.

Sehubungan itu, Dominic mencadangkan supaya kerajaan menggubal satu undang-undang bagi melarang sebarang lantikan politik dalam GLC supaya kerajaan dapat memastikan perkara tersebut tidak akan berulang lagi.

“Sebelum ini mereka memberikan segala jenis alasan tentang lantikan politik yang dilakukan dan membuat pengecualian untuk diri mereka sendiri, namun satu undang-undang menghentikan lantikan politik pada semua peringkat akan memastikan amalan naungan politik akan dihentikan secara berkesan.

“PH kini adalah kerajaan, mereka tiada alasan untuk tidak melaksanakannya,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tags: DAPDr Dominic LauGLC
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Zamri Vinoth Mohon Sertai DAP?

Zamri Vinoth Mohon Sertai DAP?

06/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Selepas aktivis Tamim Dahri Abdul Razak membuat permohonan untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zamri...

“Part ‘We Go’, Saya Tak Yakin..” – Ahmad Fadhli 

“Part ‘We Go’, Saya Tak Yakin..” – Ahmad Fadhli 

24/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari bersikap sinis terhadap kenyataan seorang Ahli Parlimen DAP di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd