• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Tidak Tolak Cadangan Tutup MAS

oleh
12/03/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak tolak kemungkinan untuk menerima cadangan supaya Malaysia Airlines Berhad (MAS) ditutup bagi menangani masalah hutang yang ditanggung syarikat penerbangan negara itu.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, isu berkaitan dengan MAS itu disifatkan sebagai perkara yang sangat serius.

Beliau berkata, bagaimanapun kerajaan perlu membuat keputusan berdasarkan beberapa pilihan.

“Untuk menutup syarikat penerbangan nasional, ia satu hal serius. Kamu ingat tak, dulu pun ada kajian tentang ini, sama ada kita patut tutup, jual atau buat penstrukturan semula kewangan.

“Kerajaan terbuka untuk mempertimbangkan semua kemungkinan ini. Ya, kita perlu membuat keputusan,” katanya dalam sidang akhbar di lobi Parlimen, hari ini.

Baru-baru ini, pengasas firma perunding penerbangan Malaysia yang berpangkalan di Endau Analytics, Shukor Yusof berkata, tidak akan ada isu kapasiti jika MAS ditutup kerana kekosongannya akan diisi oleh syarikat penerbangan lain.

“MAS sepatutnya ditutup. Dalam keadaan sekarang, tiada rasional ekonomi untuk mengekalkannya. Perniagaan yang rugi tidak boleh diteruskan,” katanya memetik akhbar berbahasa Inggeris tempatan, New Straits Times.

Perkara itu dijelaskan dengan lebih lanjut oleh Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, pihak pengurusan MAS bertanggungjawab untuk meneliti pilihan-pilihan tersebut termasuk saranan supaya ia ditutup.

Jelas beliau, keputusan yang bakal diambil kelak turut mengambil kita pandangan Dr. Mahathir ketika mesyuarat bersama pengurusan lembaga pengarah Khazanah, baru-baru ini.

“Tun ada memberi pandangan beliau bagaimana untuk kami menguruskan situasi MAS sekarang,” katanya.

Tambah Mohamed Azmin, MAS ketika ini memiliki enam buah pesawat A380 yang tersadai sejak beberapa tahun lalu dan berharap dapat mencari jalan untuk menyelesaikan masalah tersebut.

“Satu daripada caranya adalah carted perkhidmatan baharu dari Kuala Lumpur ke Madinah di bawah program Salam untuk membawa orang Islam mengerjakan ibadah haji dan umrah,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tags: Khazanah Nasional BerhadMalaysia AirlinesMAS
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Satu Lagi Pesawat MAS Terpaksa Berpatah Balik

Satu Lagi Pesawat MAS Terpaksa Berpatah Balik

02/09/2024
0

PUTRAJAYA - Sebuah lagi pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) ke Seoul, Korea Selatan dipercayai mengalami masalah teknikal sehingga terpaksa berpatah balik...

Malaysia Airlines Kini Penerbangan Rasmi Manchester United

Malaysia Airlines Kini Penerbangan Rasmi Manchester United

22/03/2024
0

KUALA LUMPUR : Malaysia Airlines menjalin perkongsian strategik global dengan kelab bola sepak Inggeris, Manchester United (MU) apabila dinamakan sebagai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd