• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, December 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Tidak Iktiraf Rakyat Miliki 2 Warganegara

oleh
21/03/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kerajaan tidak mengiktiraf rakyat Malaysia yang memiliki lebih daripada satu warganegara dan boleh diambil tindakan pelucutan kewarganegaraan seperti yang diperuntukkan di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pelucutan itu boleh dilakukan sekiranya individu memperoleh kewarganegaraan negara asing sama ada melalui pendaftaran, penaturalisasian, perbuatan sukarela dan formal selain perkahwinan mengikut Perkara 24(1) Perlembagaan.

Jelasnya, mereka juga boleh dilucutkan kewarganegaraan jika menuntut dan menggunakan suatu hak atau keistimewaan yang diberikan secara khusus kepada seseorang warganegara negara asing.

“Sebagai contoh, individu itu menggunakan hak undi bagi pemilihan politik di negara asing tersebut, memohon pasport, dokumen perjalanan negara asing atau menggunakan pasport dan dokumen perjalanan negara asing. Tindakan di bawah Perkara 24 (2) Perlembagaan boleh diambil terhadap individu itu.

“Bagaimanapun, jika seorang rakyat Malaysia melalui kuat kuasa undang-undang memperoleh kewarganegaraan negara asing, individu itu tidak melakukan kesalahan di bawah Perkara 24(1) Perlembagaan, kerana beliau berhak terhadap kedua-dua kewarganegaraan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar merasmikan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2018, Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini, hari ini.

Hadir sama, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Mohd. Ajis Jamman dan Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Alwi Ibrahim.

Muhyiddin mengulas mengenai isu tersebut selepas sebuah akhbar tempatan hari ini menyiarkan laporan terdapat ribuan rakyat Thailand dipercayai mempunyai dua warganegara sejak 1980-an hingga kini.

Kelebihan itu membolehkan mereka keluar dan masuk ke negara ini tanpa sekatan selain dipercayai memperoleh kad pengenalan diri Malaysia dengan mudah 30 tahun lalu.

Keadaan itu menyebabkan jumlah itu semakin bertambah kerana ia disambung oleh generasi anak, cucu dan cicit yang turut memiliki warganegara Malaysia.

Mengulas lanjut, beliau berkata, perlembagaan negara masih sama digunakan sehingga kini dan menafikan terdapat rakyat di negara ini mempunyai dua warganegara sejak lebih 30 tahun lalu.

“Laporan mengenai kesalahan seseorang warganegara Malaysia untuk tindakan pelucutan kewarganegaraan boleh dikemukakan oleh mana-mana pihak seperti agensi kerajaan atau orang perseorangan.

“Bagaimanapun, laporan yang dikemukakan perlu mengandungi butiran mengenai individu yang dilaporkan serta bukti-bukti yang relevan bagi membantu siasatan lanjut oleh Jabatan Pendaftaran Negara,” katanya. – K! ONLINE

Tags: Muhyiddin Yassinwarganegara
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pasport Menantu Muhyiddin Telah Dibatalkan – Saifuddin Nasution

Pasport Menantu Muhyiddin Telah Dibatalkan – Saifuddin Nasution

23/10/2025
0

PUTRAJAYA - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan pasport milik menantu kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk...

Mahkamah Benar Muhyiddin Rujuk Persoalan Undang-undang Ke Mahkamah Persekutuan

Mahkamah Benar Muhyiddin Rujuk Persoalan Undang-undang Ke Mahkamah Persekutuan

28/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan permohonan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk merujuk empat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd