SEMPENA Hari Wanita Sedunia 2019, Google sekali lagi tidak melepaskan peluang untuk turut menyambutnya.
Menerusi Google Doodle, petikan kata-kata wanita-wanita hebat dikeluarkan dan dijadikan doodle.
Google Doodle turut menampilkan 13 nama besar dari seluruh dunia dengan fokus untuk memperkasakan wanita.
Ia juga menunjukkan variasi dari segi pemilihan nama besar ini.

Antaranya petikan kata-kata arkitek ternama dari Dubai, Zaha Hadid… “I really believe the idea of the future (Saya benar-benar percaya idea masa depan).”

Google Doodle turut tampilkan penulis novel dari Brazil, Clarice Lispector yang dipetik berkata… “I am stronger than myself (Saya lebih kuat daripada diri saya sendiri).”

Turut menarik perhatian adalah petikan kata-kata dari ahli tinju terkemuka India, Mary Kom… “Do not say you are weak because you are a woman (Jangan mengatakan bahawa anda lemah kerana anda seorang wanita).”
Anda boleh layari Google Goodle untuk dapatkan lebih kata-kata semangat. – FMT