• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Karpal Bebas Tuduhan Hasutan Terhadap Sultan Perak

oleh
29/03/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Mahkamah Persekutuan di sini hari ini melepas dan membebaskan mendiang Karpal Singh daripada pertuduhan mengeluarkan perkataan berunsur hasutan terhadap Sultan Perak, 10 tahun lalu.

Menurut laporan portal berita The Edge, keputusan sebulat suara oleh panel tujuh hakim diketuai Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zaharah Ibrahim turut mengetepikan denda RM1,800 yang dikenakan terhadap mendiang sebelum ini.

Mahkamah memutuskan demikian selepas mendapati berlakunya salah arah undang-undang yang serius oleh hakim yang mendengar perbicaraan tersebut dan Mahkamah Rayuan sebelum ini apabila gagal mengambil kira pembelaan Karpal.

Karpal meninggal dunia pada 17 April 2014 selepas terlibat dalam kemalangan ngeri di Lebuh Raya Utara Selatan berdekatan Gopeng. Rayuan tersebut diteruskan oleh isteri mendiang, Gurmit Kaur selaku pentadbir harta Karpal.

Beliau sebelum ini disabitkan dengan pertuduhan mengeluarkan kenyataan menghasut berhubung Sultan Perak berkaitan dengan pengguguran Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin daripada jawatan Menteri Besar Perak pada sidang akhbar di pejabatnya, Tetuan Karpal Singh & Co, No. 67, Jalan Pudu Lama di ibu negara, antara pukul 12 dan 12.30 tengah hari, 6 Februari 2009.

Dia kemudian dikenakan denda RM4,800 oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebelum jumlah tersebut dikurangkan kepada RM1,800 oleh Mahkamah Rayuan pada Mei 2016.

Tags: hasutanKarpal SinghSultan Perak
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Ketua Balai Polis, Anggota Bomba Didakwa Terima Rasuah

Next Post

Rantau Tak Ada Pembangunan ‘Very Subjektif’ – Tok Mat

Related Posts

Kenyataan Berbaur Hasutan, Akmal Beri Keterangan Esok

Kenyataan Berbaur Hasutan, Akmal Beri Keterangan Esok

28/09/2024
0

Jasin : Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh akan dipanggil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD)...

Anwar Pulang Ke Tambun Esok

Anwar Pulang Ke Tambun Esok

01/12/2022
0

IPOH: Selepas lapan hari dilantik sebagai Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dijadual pulang ke Tambun esok, kerusi Parlimen dimenanginya...

Next Post

Rantau Tak Ada Pembangunan ‘Very Subjektif’ - Tok Mat

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd