• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jualan Perodua Meningkat 7.3 Peratus

oleh
11/03/2019
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JUALAN Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) meningkat 7.3 peratus kepada 37,400 kenderaan pada dua bulan pertama tahun 2019 berbanding 34,800 bagi tempoh sama tahun sebelumnya.

Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn. Bhd., Datuk Dr. Zahari Husin berkata, peningkatan prestasi jualan adalah hasil daripada usaha syarikat untuk menambah baik masa penghantaran kepada pelanggan. Dalam kenyataan Perodua baru-baru ini, Zahari berkata, bagi dua bulan pertama tahun ini, Perodua menjual kira-kira 15,000 unit Myvi; 10,100 unit Axia; 5,900 unit Bezza; 3,600 unit Aruz dan 2,700 unit Alza. Manakala dari segi pengeluaran, 36,500 unit kenderaan dikeluarkan – hampir 6.2 peratus lebih banyak daripada 34,375 dikeluarkan bagi tempoh sama tahun lepas.

“Sementara itu, berdasarkan angka daripada Persatuan Automotif Malaysia, kami menjangkakan perkongsian dalam pasaran bagi tahun semasa akan meningkat sebanyak 41 peratus,” katanya.

Zahari menambah, Perodua Aruz, model SUV tujuh tempat duduk terbaharu syarikat pembuat kenderaan itu juga terus menerima tempahan menggalakkan dengan mencatatkan lebih 13,000 unit tempahan sejak awal Januari.

“Kami telah membuat penyesuaian bagi pengeluaran untuk mengurangkan masa menunggu bagi Aruz,” katanya.

Perodua Aruz ditawarkan dalam dua varian X dan AV dengan model AV menyumbang 85 peratus tempahan.

Tags: Peroduaperodua aruz
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Perodua Traz 2026 Dikhabarkan Bakal Dilancar Minggu Hadapan

Perodua Traz 2026 Dikhabarkan Bakal Dilancar Minggu Hadapan

14/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Dunia automotif tempatan kembali hangat apabila sebuah model baharu yang didakwa sebagai Perodua Traz 2026 mula tular...

300 Liter RON95: Kereta Mana Boleh Pecut Paling Jauh?”

300 Liter RON95: Kereta Mana Boleh Pecut Paling Jauh?”

25/09/2025
0

300 Liter RON95: Kereta Mana Boleh Pecut Paling Jauh?”

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd