• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hina Islam, Nabi: 3 Lagi Ditahan, Seorang Diburu

oleh
05/03/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TIGA individu ditahan manakala seorang lagi diburu polis berhubung penghinaan ke atas agama Islam dan Nabi Muhammad SAW.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, tangkapan pertama dilakukan terhadap seorang lelaki berusia 29 tahun di Labuan, Ahad lalu.

“Pemilik akaun Facebook bernama Bakakuk membuat komen jelik terhadap agama Islam dan Nabi Muhammad. Suspek ditahan reman hingga Khamis ini dan polis menerima 15 laporan polis terhadap tindakannya itu,” katanya melalui kenyataan media, hari ini.

Beliau berkata, tangkapan kedua dilakukan terhadap pemilik akaun Facebook, Ayea Yea yang membuat komen serupa.

Katanya, lelaki yang berusia 22 tahun itu ditahan di Bau, Sarawak semalam dan direman sehingga Khamis ini.

Mohamad Fuzi berkata, tangkapan ketiga pula dibuat terhadap pemilik akaun Facebook, Yazid Kong yang membuat komen jelik terhadap agama Islam.

“Suspek lelaki berusia 52 tahun itu ditahan di Petaling Jaya semalam dan kini ditahan reman,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi lelaki yang menggunakan akaun Twitter, @alvinchow333 sedang diburu berhubung ciapan jelik terhadap Nabi Muhammad SAW.

“Suspek dikenal pasti berusia 43 tahun dan dipercayai berada di Kuala Lumpur. Usaha memburu sedang dijalankan,” katanya.

Semua kes disiasat mengikut Kanun Keseksaan serta Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Dalam pada itu, Mohamad Fuzi berkata, polis menerima 929 laporan dari seluruh negara berhubung kesalahan berkenaan dan sehingga hari ini, 16 kertas siasatan dibuka.

Sehubungan itu, beliau menasihati orang ramai agar tidak menyalahgunakan media sosial atau sebarang rangkaian komunikasi dengan memuat naik atau berkongsi sebarang bentuk provokasi yang boleh menyentuh sensitiviti agama dan perkauman.

Katanya, polis akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang tidak mengendahkan perkara ini.

“Tindakan mencabar, menghina kepercayaan atau agama mana-mana kaum, boleh membangkitkan ketegangan kaum dalam kalangan masyarakat majmuk di negara ini dan perlu dihentikan serta-merta,” katanya.

Sebelum ini, seorang warga emas hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas dua pertuduhan memuat naik menghina karikatur yang dikatakan Nabi Muhammad SAW dan isteri baginda, Saidatina Aisyah di laman Facebook, baru-baru ini.

Tertuduh Wai Foo Sing, 68, mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, M.M Edwin Paramjothy. – Sinar Harian

Tags: agama islamHina Nabi Muhammad
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Agong Rasmi Istiadat Pembukaan Dewan Rakyat 11 Mac

Next Post

AJK Kanan Kuil Bergelar Tan Sri Ditahan SPRM

Related Posts

Gesa Perhimpunan Agung PBB Ambil Perhatian Isu Hina Nabi Muhammad

11/06/2022
0

ISLAMABAD - Pakistan pada Jumaat menggesa Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengambil perhatian terhadap kenyataan menghina Nabi Muhammad SAW...

Bila Rasullah Sayang Seseorang

22/11/2021
0

1. Sekiranya kita sayang kepada seseorang, kita sepatutnya mengajarkan kepada mereka perkara yang baik dan bukannya mendedahkan kepada mereka perkara...

Next Post

AJK Kanan Kuil Bergelar Tan Sri Ditahan SPRM

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd