• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hijab Pegawai Polis NZ Tarik Perhatian

oleh
23/03/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

CHRISTCHURCH – Buat pertama kalinya selepas serangan pengganas di masjid di Christchurch, kelibat Perdana Menteri Australia, Jacinda Ardern menyarungkan selendang menarik perhatian umum.

Kini tular pula di media sosial, foto seorang anggota polis memakai selendang sambil mengawal tanah perkuburan Memorial Park semalam.

Memetik laporan stuff.co.nz, pegawai polis Konstabel Michelle Evans, 24, memakai selendang Calvin Klein, menyelit bunga mawar di dadanya sambil memegang senapang separuh automatik Bushmaster.

Foto itu memaparkan solidariti, rasa hormat dan perlindungan.

Jurugambar, Alden Williams berkata, gabungan tiga perkara itu menarik perhatian umum walaupun sebahagaian besar media hanya memberi tumpuan kepada ahli keluarga, mangsa serangan dalam majlis pengebumian.

“Saya telah banyak merakam foto pegawai polis tetapi gabungan seledang, senapang dan sekuntum bunga mawar adalah sesuatu yang tidak pernah dilihat sebelum ini,” katanya.

Majlis pengebumian semalam melibatkan 26 jenazah mangsa serangan masjid Christchurch pada Jumaat lalu.

Dalam pada itu, Williams, juga berkongsi beberapa foto di Instagram dan menerima pelbagai reaksi dari netizen.

Antara komennya seperti, “Imej itu sangat menakjubkan, cantik, ia benar-benar mewakili sifat toleransi, belas ihsan, kemanusiaan dan ia wajar dilihat sejauh mungkin.” – Agensi

Tags: al Noor ChristchurchNew Zealand
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Perkataan ‘Salam’, Antara Muka Depan Akhbar NZ

Next Post

Telefon Bimbit Dikisar Untuk Ketahui Kandungan Logam

Related Posts

Gempa Bumi 6.2 Magnitud Landa Barat Daya New Zealand

Gempa Bumi 6.2 Magnitud Landa Barat Daya New Zealand

29/04/2025
0

ISTANBUL - Gempa bumi berukuran 6.2 magnitud menggegarkan kawasan berhampiran bandar Bluff di barat daya New Zealand, lapor Anadolu Ajansi...

NZ Mansuhkan Larangan Hisap Rokok Untuk Generasi Akan Datang

NZ Mansuhkan Larangan Hisap Rokok Untuk Generasi Akan Datang

28/11/2023
0

AUCKLAND: New Zealand bakal membatalkan larangan untuk generasi akan datang menghisap rokok yang mendapat pujian seluruh dunia, sebelum ini. IKUTI...

Next Post

Telefon Bimbit Dikisar Untuk Ketahui Kandungan Logam

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd