• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Guan Eng Tak Berani Jawab Soalan Dengan Betul – Najib

oleh
26/03/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membidas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dan mendakwa beliau tidak berani menjawab soalan dengan betul dalam Dewan Rakyat.

Ahli Parlimen Pekan itu berkongsikan satu video dalam Facebook beliau memaparkan dirinya mengajukan soalan kepada Guan Eng berhubung hutang negara ketika sesi perbahasan berlangsung.

Begitupun, dalam hantaran sama, Najib meluahkan rasa tidak puas hati dengan jawapan dikemukakan Ahli Parlimen Bagan itu dan mendakwa Guan Eng ‘cuba mencari alasan yang langsung tidak masuk akal untuk salahkan BN’.

“Menteri Kewangan akhirnya terpaksa mengaku bahawa Hutang Negara telah naik dengan kadar yang jauh lebih tinggi di bawah kerajaan PH berbanding tahun-tahun sebelumnya di bawah BN.

“Ini bermakna jumlah hutang kerajaan telah meningkat RM87.1 bilion kepada RM773.1 bilion pada hari ini berbanding RM686 bilion pada akhir tahun 2017, tetapi Menteri Kewangan memberi alasan bahawa mereka perlu mengikut bajet tahun 2018 dari BN.

“Oleh itu, hutang negara naik dengan begitu tinggi sekali, ini satu alasan yang tidak logik sama sekali,” tulis beliau.

Dalam pada itu, Najib turut menyanggah kenyataan Guan Eng mengaitkan belanjawan dibuat BN menyebabkan hutang negara meningkat.

“Satu Malaysia tahu bahawa banyak projek dan bantuan di bawah Bajet 2018 dari BN telah dimansuh atau dikurangkan selepas PH mengambil alih.

“Dari mana hutang meningkat dengan begitu banyak kerana Bajet 2018 dari BN?

“PH tidak mengikut bajet 2018 dari BN pun tetapi tiba-tiba mahu gunakan ini sebagai alasan mengapa hutang negara naik, tiba-tiba Menteri Kewangan seperti tersedar alasan beliau tidak logik.

“Akhirnya, dia petik hutang 1MDB pula.

“Ini satu lagi contoh bagaimana Menteri Kewangan tak berani menjawab soalan dengan betul,” ujarnya. – Sinar Harian

Tags: Dewan RakyatLim Guan EngNajib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lim Guan Eng Desak Kerajaan Segera Tunaikan 10 Tuntutan Besar

Lim Guan Eng Desak Kerajaan Segera Tunaikan 10 Tuntutan Besar

12/12/2025
0

KUALA LUMPUR, 8 Dis – Ahli Parlimen Bagan yang juga Penasihat DAP, Lim Guan Eng, menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri...

Dewan Rakyat Kecoh Perang Mulut Shahidan-Rayer

Dewan Rakyat Kecoh Perang Mulut Shahidan-Rayer

05/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Kenyataan seorang Ahli Parlimen pembangkang yang mempertikaikan standard Parlimen dan mengaitkan dasar apartheid dalam pengagihan peruntukan menjadikan sesi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd