• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 1, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Fasha, Aidil Bersanding Di Majlis Berinai

oleh
28/03/2019
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tiada apa yang menggembirakan aktres terkenal, Fasha Sandha selain daripada bersyukur kerana bakal berkahwin sekali lagi diiringi restu daripada keluarga kedua-dua pihak.

Jika pernikahan kali pertamanya berlangsung dalam kontroversi, kali ini, Fasha mahu memaknai penyatuan hatinya dengan Aidil Aziz dalam serba keindahan.

“Kali ini saya merasai erti perkahwinan yang sebenar. Mungkin kali ini adalah kerana mendapat restu daripada kedua-dua pihak, rasanya lain,” kata Fasha berkongsi perasaan bakal menamatkan zaman jandanya kepada media pada Rabu.

Pelakon jelita itu ditemui di majlis malam berinai yang khusus diadakan bagi mengeratkan silaturahim antara kedua belah keluarga dan kenalan rapat di The Love @ Matic, Kuala Lumpur.

Dalam kegembiraan itu, Fasha juga meluahkan rasa sedih untuk meninggalkan gelaran janda atau ibu tunggal.

“Bagi saya, gelaran janda atau ibu tunggal melambangkan kekuatan seseorang wanita.

“Meskipun tidak ramai orang beranggapan baik dengan janda, Alhamdulillah saya telah menggalas tugas ibu tunggal ini dengan baik,” ujarnya lagi.

Selepas beberapa tahun menganggotai ‘Independent Single Mother Club’ (ISMC), Fasha, 34, juga berkata, dia sudah bersedia untuk meninggalkan kawan-kawan dalam kelab yang sama antaranya, Amelina, Erra Fazira dan beberapa yang lain.

Bagaimanapun, apabila ditanya tarikh perkahwinannya, Fasha enggan memberitahu dan hanya menjelaskan, majlis itu bakal diadakan pada hujung minggu ini.

“Ikut perancangan hujung bulan ini (Mac). Bagaimanapun, kalau sudah benar akan jadi, baru saya akan kongsi kerana kita tidak tahu apa akan jadi tetapi perancangan memang hujung bulan ini,” kata Fasha berahsia. – ASTRO Awani

 

View this post on Instagram

 

Awww comelnya bakal pengantin kita menari 🥰 Majlis Malam Berinai Fasha Sandha & Aidil ❤️ 😍😍😍 #MeleTOP #MalamBerinaiAidilFasha #AidilFasha

A post shared by MeleTOP (@meletop) on Mar 27, 2019 at 6:57am PDT

Tags: Aidil AzizFasha Sandhapelakon
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Fiesta Belon Udara Panas Antarabangsa Bermula Hari Ini

Next Post

Menteri Jangan Terlalu ‘Sibuk’ Dengan Kereta Terbang

Related Posts

Dakwaan Pelakon Siasatan Tanpa SOP Tidak Bertanggungjawab – Polis

Dakwaan Pelakon Siasatan Tanpa SOP Tidak Bertanggungjawab – Polis

08/09/2024
0

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyangkal dakwaan bahawa siasatan berkaitan 14 laporan polis dibuat keluarga penyanyi dan pelakon, Betty...

Pemandu Langgar Empat Beranak Didenda RM6,000

Pelakon TV Popular AS, Andre Braugher Meninggal Dunia

13/12/2023
0

LOS ANGELES: Pelakon siri televisyen (TV) popular, Brooklyn Nine-Nine, Andre Braugher meninggal dunia pada usia 61 tahun. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB...

Next Post

Menteri Jangan Terlalu 'Sibuk' Dengan Kereta Terbang

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd