• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ethiopian Airlines Bawa Penumpang Dari 35 Negara

oleh
11/03/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PESAWAT Ethiopian Airlines bagi penerbangan ET302 yang terhempas berhampiran Addis Ababa, semalam serta membunuh kesemua 149 penumpang dan lapan anak kapal, membawa penumpang dari sekurang-kurangnya 35 negara.

Menteri Pengangkutan Kenya, James Macharia, yang mengesahkan perkara itu dalam satu sidang akhbar di Addis Ababa pada Ahad, berkata terdapat 32 penumpang rakyat Kenya, 18 rakyat Kanada, enam dari China dan lima dari Belanda.

Penumpang lain terdiri daripada enam rakyat Mesir, sembilan dari Ethiopia, tujuh masing-masing dari Perancis dan UK, empat dari India, lapan dari Itali, empat dari Slovakia dan lapan dari Amerika Syarikat.

Bagaimanapun, kewarganegaraan dua lagi penumpang tidak dapat dipastikan.

Pesawat penumpang itu, yang terhempas beberapa minit sejurus berlepas, dalam perjalanan ke Nairobi dari Addis Ababa.

Dilaporkan juga bahawa beberapa penumpang dalam perjalanan untuk menghadiri satu persidangan Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Nairobi.

Sementara itu, Pegawai Komunikasi Alam Sekitar PBB, Shari Nijman, berkata pihaknya amat dukacita dengan berita mengenai nahas yang menimpa Ethiopian Airlines.

“Kami sedang mengikuti perkembangannya dengan teliti,” menurut kenyataan rasmi yang dikeluarkan agensi Alam Sekitar PBB itu pada Ahad.

Shari Nijman juga berkata agensi itu sedang berhubung dengan pegawai terbabit bagi mengenal pasti wakil PBB yang mungkin berada dalam pesawat tersebut.

Tags: Ethiopian AirlinesPesawat Terhempas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pesawat Air India Bawa Lebih 200 Penumpang Terhempas

Pesawat Air India Bawa Lebih 200 Penumpang Terhempas

12/06/2025
0

NEW DELHI - Sebuah pesawat milik Air India yang membawa lebih 200 penumpang dilaporkan terhempas berhampiran lapangan terbang di bandar...

Pesawat Terhempas Di Brazil, 61 Terbunuh

Pesawat Terhempas Di Brazil, 61 Terbunuh

10/08/2024
0

SAO PAULO : Sekurang-kurangnya 61 orang terkorban selepas sebuah pesawat turboprop terhempas berhampiran Sao Paulo, Brazil, semalam. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd