• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dewan Rakyat Lulus Usul Mengutuk Serangan Di NZ

oleh
18/03/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Dewan Rakyat sebulat suara meluluskan usul tergempar mengutuk insiden serangan terhadap umat Islam di Masjid Al Noor dan Linwood di Christchurch, New Zealand, Jumaat lalu.

Penyokong kerajaan dan wakil pembangkang senada menyifatkan kejadian itu sebagai insiden terkutuk dan merupakan satu bentuk keganasan melampau sehingga mengorbankan lebih 50 nyawa.

Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican (BN-Kepala Batas) menyifatkan kejadian itu sebagai satu insiden yang amat menyedihkan.

Beliau berasa luluh hati apabila mendapat tahu bahawa jumlah korban kini meningkat kepada 52 orang.

Jelasnya, ekstremisme tidak boleh diidentitikan dengan mana-mana agama sekali pun.

“Kita tidak salahkan keganasan pada agama-agama lain. Islam agama menitikberatkan kedamaian. Tahniah kepada pemimpinan Perdana Menteri New Zealand dan kesungguhan rakyat negara itu yang bangkit menolak keganasan melampau ini.

“Rakyat New Zealand cinta pada kedamaian dan menentang sebarang bentuk pelampau,” katanya sewaktu menyokong usul tergempar berkenaan hari ini.

Usul tergempar tersebut telah dicadangkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH-Port Dickson) dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Lim Kit Siang, (PH-Iskandar Puteri), pula menyifatkan media sosial menjadi cabaran baharu kepada rakyat Malaysia terutamanya membabitkan isu-isu berkaitan insiden keganasan.

Beliau juga berharap rakyat tidak mudah menyebarkan berita-berita yang tidak benar atau yang bertujuan menghasut.

Malah, Kit Siang mahu rakyat bersifat skeptikal terhadap berita dalam media sosial dan memeriksa kesahihan berita sebelum menyebarkan kepada orang ramai.

“Kita perlu sensitif terhadap kepelbagian budaya, bangsa dan agama. Serangan ini menjadi titik hitam dan tidak diterima dalam mana-mana agama pun,” ujarnya.

Datuk Dr. Khairuddin Aman (Pas-Kuala Nerus) pula memberi amaran kepada semua pihak supaya insiden di New Zealand tidak berlaku di negara ini.

Jelasnya, kejadian di New Zealand ini mengingatkan bahawa umat Islam kini menjadi mangsa keganasan di seluruh dunia.

“Kita harap perkara ini tidak diulang sekali lagi. Perlu dewan (Dewan Rakyat) kita ini tegaskan bahawa apa yg berlaku di New Zealand ini adalah merupakan jenayah kemanusiaaan kerana mensasarkan mereka golongan yang beragama. Tindakan genocide ditolak seluruh agama,” ujarnya.

Sementara itu, Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar (GPS-Santubong) menyifatkan keganasan tidak mempunyai agama dan bangsa.

Sehubungan itu, beliau meminta kerajaan mengkaji kelemahan dalam memantau kemasukan pelawat atau pekerja ke negara ini.

“Jangan hanya melihat keganasan dilakukan oleh mereka yang mempunyai nama Islam sahaja kerana ia boleh dilakukan siapa-siapa sahaja,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tags: al Noor ChristchurchDewan RakyatNew Zealand
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Anthony Loke Minta Orang Ramai Kecam MP Tak Sokong Usul Hadkan Tempoh Jawatan PM

Anthony Loke Minta Orang Ramai Kecam MP Tak Sokong Usul Hadkan Tempoh Jawatan PM

02/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook meminta orang ramai mengecam Ahli Parlimen yang tidak hadir...

Usul Had Tempoh PM 10 Tahun Gagal Diluluskan Di Parlimen Satu Tamparan Hebat Dan Memalukan

Usul Had Tempoh PM 10 Tahun Gagal Diluluskan Di Parlimen Satu Tamparan Hebat Dan Memalukan

02/03/2026
0

Memalukan dan tidak pernah berlaku apabila usul pihak kerajaan gagal diluluskan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd