• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Daftar Perkahwinan Tiada Kaitan Isu Tanpa Kerakyatan

oleh
26/03/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Sebuah kumpulan peguam mempertikaikan tindakan kerajaan menyalahkan isu kanak-kanak tanpa kerakyatan kepada kegagalan ibu bapa mendaftarkan perkahwinan mereka.

Lawyers for Liberty menyifatkan kenyataan itu “tidak bertanggungjawab” dan “bercanggah Perlembagaan Persekutuan” kerana status perkahwinan ibu bapa tidak relevan.

“Berdasarkan Jadual ke-2 Bahagian II Seksyen 1(a) Perlembagaan, selagi ibu bapa kanak-kanak ialah rakyat Malaysia, kanak-kanak itu ialah warganegara Malaysia secara automatik.

“Keadaan itu kekal sama walaupun ibu itu bukan warganegara kerana kanak-kanak berkenaan sudah memenuhi syarat di bawah Seksyen 1(a), iaitu sekurang-kurangnya ibu atau bapa ialah warganegara.

“Secara ringkasnya, tidak kira ibu itu bukan warganegara dan perkahwinannya tidak didaftarkan, kanak-kanak itu layak mendapat status warganegara Malaysia secara automatik, selagi bapanya ialah warganegara,” kata penasihat LFL, N Surendran dalam kenyataan hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Azis Jamman di Dewan Rakyat yang taraf kerakyatan seorang kanak-kanak bergantung kepada status perkahwinan dan taraf kewarganegaraan ibu bapa.

Katanya, jika ibu bapa hanya mendaftarkan perkahwinan mereka selepas anak dilahirkan, permohonan kerakyatan boleh dibuat di bawah Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan.

Bagaimanapun, Surendran berkata, Perkara 15A Perlembagaan “tidak berguna” kepada kanak-kanak tanpa kerakyatan kerana ia bergantung kepada budi bicara mutlak menteri dalam negeri.

Beliau berkata, permohonan di bawah Perkara 15A memerlukan beberapa tahun untuk diproses dan selalunya permohonan akan ditolak dengan kanak-kanak itu terpaksa hidup tanpa kewarganegaraan.

“Jawapan kerajaan Pakatan Harapan di Parlimen semalam yang kanak-kanak boleh memohon di bawah Perkara 15A ialah tindak balas standard kerajaan lama Barisan Nasional.

“Ia adalah taktik penangguhan jelas bagi menafikan kewarganegaraan untuk kanak-kanak tanpa kerakyatan yang terdesak.” – FMT

Tags: daftar perkahwinankanak-kanakkerakyatan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kanak-kanak 6 Tahun Rentung, Rumah Terbakar Awal Pagi

Kanak-kanak 6 Tahun Rentung, Rumah Terbakar Awal Pagi

15/02/2026
0

SHAH ALAM: Seorang kanak-kanak berusia enam tahun ditemui rentung, manakala seorang lelaki cedera dalam kebakaran sebuah rumah teres dua tingkat...

Tangisan Punca Kanak-kanak 3 Tahun Dipukul, Mata Kiri Lebam

Tangisan Punca Kanak-kanak 3 Tahun Dipukul, Mata Kiri Lebam

19/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Tangisan tanpa henti seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun dipercayai menjadi punca dia dipukul anak pengasuh di sebuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd