• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Berapa Ratus Bilion Lagi Nilai Saham Akan Rugi?

oleh
29/03/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menimbulkan persoalan berapa ratus bilion ringgit lagi nilai saham Malaysia akan rugi menjelang hujung 2019.

Katanya, ini kerana pada akhir 2018, sebanyak RM270 bilion nilai saham telah hilang apabila indeks Bursa Malaysia jatuh kepada 1690 mata pada 31 Disember 2018 selepas PH menang PRU14.

Menurutnya, lebih malang sejak permulaan 2019 sehingga petang tadi, indeks Bursa telah jatuh lagi kepada 1641 mata.

“Kita tetap berpegang dengan gelaran “sole loser” dalam Asia untuk 2019 yang diberi oleh Bloomberg. Semalam, BNM telah turunkan lagi unjuran pertumbuhan ekonomi kita untuk tahun ini dari 4.9 peratus kepada 4.3 peratus (Tahun 2017 bawah BN: 5.6 peratus).

“Hari ini, kita diberitahu juga bahawa unjuran pertumbuhan ekspot negara akan jatuh 50 peratus kepada 3.4 peratus berbanding 6.8 peratus untuk 2018 (tahun 2017 bawah BN: 18.9 peratus),” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Menurutnya, ekonomi semakin turun dan keyakinan pelabur juga semakin merosot.

“Tetapi keyakinan kerajaan PH untuk terus main wayang meningkat dan tak putus dengan propaganda.

Panggil kita ikat perut, berkorban untuk mereka, tanam buluh dan ganja sementara mereka main kipas dan cari gaduh dengan seluruh dunia,” katanya. – Sinar Harian

Tags: Bank Negara MalaysiaBursa SahamNajib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

BNM Keluarkan Duit Syiling Peringatan Sempena Ulang Tahun RELA Ke-50

BNM Keluarkan Duit Syiling Peringatan Sempena Ulang Tahun RELA Ke-50

23/12/2022
1

PETALING JAYA: Bank Negara Malaysia (BNM) mengeluarkan duit syiling peringatan bersempena dengan sambutan ulang tahun Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) yang...

Rizab Antarabangsa BNM AS$109.2 Bilion

Rizab Antarabangsa BNM AS$109.2 Bilion

05/08/2022
0

PETALING JAYA: Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$109.2 bilion pada 29 Julai 2022, meningkat berbanding AS$107 bilion yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd