• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Azizulhasni Kemalangan, Duduki Tempat Ketujuh

oleh
01/03/2019
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SELEPAS memberikan segala yang termampu, nasib tidak menyebelahi jaguh berbasikal trek negara, Azizulhasni Awang untuk mengulangi pencapaian terbaiknya apabila sekadar berada di kedudukan ketujuh acara keirin di Kejohanan Berbasikal Trek Dunia UCI di Poland, pagi ini.

Kemalangan yang dialami ketika pusingan pertama sedikit sebanyak menjejaskan rentak kayuhan pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Rio 2016 itu, terutamanya dari segi pernafasan kesan daripada impakan di bahagian rusuk kiri.

Susulan kemalangan itu, keputusan Azizulhasni pada saingan semifinal, tidak memberangsangkan dan terpaksa berlumba merebut kedudukan ketujuh hingga ke-12.

“Terdapat juga impak pada bahagian kepala, yang membuatkan saya berasa seperti pening dan sakit. Namun demi mengejar misi menambah mata sebanyak mungkin untuk kelayakan ke Sukan Olimpik Tokyo 2020, saya ketepikan rasa sakit dan dan terus berjuang.

“Walaupun sedikit sedih kerana tidak dapat ke final 1-6, kemenangan di perlumbaan Final 7-12 sedikit menceriakan saya, tambahan lagi ianya juga memberikan mata berganda yang banyak,” katanya melalui status Facebooknya.

Di separuh akhir, Azizulhasni berada di tempat keempat daripada enam pelumba keseluruhan. Tiga terbaik dari setiap saingan layak untuk berlumba bagi merebut tempat pertama hingga keenam.

Rakan sepasukan, Muhammad Shah Firdaus Sahrom juga gagal menyerlah apabila cabarannya berakhir di saingan penyisihan (repechage) acara keirin pada aksi di BGZ Arena, di Pruszkow.

Terdahulu, lebih malang apabila pelumba yang terkenal dengan nama jolokan ‘The Pocket Rocketman’ bersama dua lagi pelumba negara, Muhammad Shah Firdaus dan Muhammad Fadhil Mohd Zonis, hanya sempat beraksi di saingan kelayakan acara pecut berpasukan, apabila berakhir dikedudukan kedua tercorot.

Untuk rekod, Azizulhasni mencipta sejarah tersendiri apabila menamatkan penantian Malaysia dengan merangkul pingat emas acara keirin di kejohanan itu pada tahun 2017 di Hong Kong.

Beliau juga pernah meraih pingat perak pada 2010 di Denmark selain memperoleh dua pingat gangsa, masing-masing pada 2015 di Perancis dan 2016 di United Kingdom, manakala nasib tidak menyebelahinya pada 2018 apabila beliau gagal mempertahankan gelaran juara dunia acara keirin.

Anak jati Terengganu itu juga merangkul pingat perak dalam acara pecut pada 2009 di Poland.

Esok, Azizulhasni akan beraksi dalam acara pecut individu lelaki yang akan turut disertai oleh Muhammad Shah Firdaus dan Muhammad Fadhil Mohd Zonis.

Tags: Azizulhasni Awang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Adakah Ini Karma Saya Langgar Janji Kepada Ibu, Isteri Dan Anak-Anak? – Azizulhasni

Adakah Ini Karma Saya Langgar Janji Kepada Ibu, Isteri Dan Anak-Anak? – Azizulhasni

14/08/2024
0

KUALA LUMPUR : Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang hari ini memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaya kerana gagal...

Jenazah Bapa Mohd Azizulhasni Selamat Dikebumikan

31/01/2022
0

DUNGUN: Jenazah bapa kepada jaguh berbasikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Syed Yahya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd