• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anifah Minta Mahathir Tunaikan Janji Di Sabah

oleh
05/03/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

AHLI Parlimen Kimanis, Datuk Seri Anifah Aman menuntut Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menunaikan janji mengembalikan status Sabah menurut Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang menjadi asas penubuhan Malaysia.

Anifah yang bekas Menteri Luar berkata, beliau secara konsisten menyatakan Kerajaan Persekutuan harus mengotakan janji antaranya pembayaran royalti petroleum.

“Saya mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad di kediamannya di The Mines pada Jumaat, 1 Mac lalu.

“Intipati utamanya ialah berkenaan Perjanjian Malaysia 1963 termasuk persetujuan Kerajaan Persekutuan mengembalikan status Sabah menurut Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang menjadi asas penubuhan Malaysia dan mengembalikan hak-hak negeri Sabah antaranya pembayaran royalti petroleum,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pertemuan sama, Anifah turut memberitahu Dr. Mahathir pihaknya tiada halangan jika Bersatu ingin melebarkan sayapnya ke Sabah kerana ia selari dengan norma demokrasi.

“Saya akan tetap menyokong Perdana Menteri dan kerajaan selama mana matlamat pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 ditunaikan.

“Saya ingin mengambil kesempatan merakamkan setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri kerana telah menerima baik segala usul yang saya utarakan kepada beliau.” – Sinar Harian

Tags: Anifah AmanMahathir MohamadSabah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jangan Kejar Agenda Peribadi, Amaran Hajiji Kepada Setiausaha Politik Baharu Dilantik

Jangan Kejar Agenda Peribadi, Amaran Hajiji Kepada Setiausaha Politik Baharu Dilantik

18/12/2025
0

KOTA KINABALU: Ketua Menteri , Datuk Seri Hajiji Noor memberi amaran kepada setiausaha politik di negeri ini supaya tidak menyalahgunakan...

Ahli Parlimen Hulu Langat Nafi Tak Hirau Mangsa Banjir Kawasannya, Sibuk Berkaraoke Di Sabah

Ahli Parlimen Hulu Langat Nafi Tak Hirau Mangsa Banjir Kawasannya, Sibuk Berkaraoke Di Sabah

25/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Hulu Langat, Mohd Sany Hamzan menafikan tohmahan beberapa pihak menuduhnya tidak mengambil berat nasib penduduk di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd