• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Akta Hasutan 1948 Masih Boleh Digunakan Polis

oleh
20/03/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KAJANG – Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, polis masih boleh menggunakan Akta Hasutan 1948 bagi menjalankan siasatan kerana undang-undang itu belum dimansuhkan.

Bagaimanapun katanya, beliau telah mengarahkan agar penggunaan akta tersebut dibuat secara berhemah dan hanya jika kes mempunyai bukti asas yang kukuh.

“Dari segi undang-undang, akta ini masih boleh digunakan sehinggalah ia dibawa ke Parlimen bagi tujuan pemansuhan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Sambutan Hari Penjara ke-229 yang bertemakan ‘Reformasi Penjara Masyarakat Sejahtera’ di Maktab Penjara Malaysia, di sini hari ini.

Hadir sama pada majlis itu ialah Timbalannya, Datuk Mohd. Azis Jamman dan Ketua Pengarah Penjara, Datuk Seri Zulkifli Omar.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong dilaporkan berkata, polis diarah untuk tidak menggunakan akta itu bagi menahan mana-mana individu di negara ini selari dengan pendirian kerajaan untuk mengkaji keperluan bagi meminda atau memansuhkan akta berkenaan dalam tempoh terdekat.

Mengulas mengenai kajian terhadap akta itu, Muhyiddin berkata kerajaan sedang mengenal pasti keperluan sama ada akta tersebut masih relevan atau perlu dipinda.

“Kajian sudah di peringkat akhir dan ada beberapa perkara yang dikenal pasti tidak perlu diguna pakai dalam akta ini,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Muhyiddin berkata, kerajaan bercadang menaikkan Bayaran Insentif Khas untuk anggota penjara kepada RM200, menyamai pasukan beruniform lain.

“Kita akan cuba laksanakan dan berharap Kementerian Kewangan akan beri kelulusan kerana jumlah tidak berapa besar,” katanya.

Tags: Akta HasutanMuhyiddin Yassin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Plot ‘Muhyiddin Exit’ Dan Pergaduhan Besar Dalam PAS

Plot ‘Muhyiddin Exit’ Dan Pergaduhan Besar Dalam PAS

31/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Setiausaha Sulit Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mendedahkan perihal kemelut dalaman Perikatan Nasional (PN), peranan...

PN Diminta Sahkan Peletakan Jawatan Muhyiddin

PN Diminta Sahkan Peletakan Jawatan Muhyiddin

11/01/2026
0

Kuala Lumpur: Tan Sri Abdul Hadi Awang menggesa Perikatan Nasional (PN) mengadakan mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi (MT), selaras Fasal 8.3(l)(b)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd