• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3 Suspek Pencemaran Sisa Kimia Didakwa Esok

oleh
13/03/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Tiga suspek yang dipercayai terlibat dalam isu pencemaran bahan kimia di Sungai Kim Kim Khamis lalu bakal dihadapkan ke mahkamah esok.

Menteri Tenaga, Sains Teknologi, Inovasi Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin berkata, kertas siasatan berhubung kes terbabit telah pun diserahkan kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya pada pagi ini.

“Mereka berhadapan pertuduhan dibawah Seksyen 34B Akta Kualiti Alam Sekeliling 1975 yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda RM500,000 jika sabit kesalahan,” katanya pada sidang akhbar di Menara Aqabah di sini, hari ini.

Bee Yin berkata, beliau turut meminta pandangan daripada peguam negara, Tommy Thomas berhubung isu ini memandangkan hukuman yang dikenakan kepada suspek di bawah Akta Kualiti Alam Sekililing 1975 disifatkan tidak memadai dengan perbuatan suspek.

“Peguam negara memandang serius isu ini dan kita bercadang untuk membuat pertuduhan berganda termasuk melibatkan undang-undang dibawah Kanun Keseksaan.

“Kita juga bercadang untuk menuduh mereka (tertuduh) di mahkamah sekiranya didapati terdapat akta-akta yang berkaitan,” katanya.

4 BAHAN KIMIA DALAM SAMPEL AIR SUNGAI KIM KIM

Bahan kimia daripada proses penguraian tayar iaitu D-Limonene merupakan antara bahan utama yang dikenal pasti terdapat pada empat sampel air diambil Jabatan Alam Sekitar (JAS) di Sungai Kim Kim pada Khamis lalu.

Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTEC), Yeo Bee Yin berkata, selain bahan terbabit, terdapat juga tiga bahan kimia lain termasuk Benzene, Toulene, Xylene dan Ethylbenzene.

“Kesemua bahan ini merupakan pelarut organik dan D-Limonene ialah hasil dari proses “pyrolysis” (penguraian) tayar,” katanya ketika ditemui pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Dalam pada itu, JAS turut memasang pengesan gas dengan ketinggian berbeza bagi memantau kualiti udara di altitud mengikut ketinggian tertentu.

“Kita telah memasang pengesan gas bagi mengenal pasti kandungan di udara pada altitud yang berbeza, makluman kepada orang ramai akan dilakukan dari semasa ke semasa,” katanya.

Bee Yin berkata, pihaknya bakal melakukan pemeriksaan terhadap 252 kilang memproses bahan kimia di sekitar Pasir Gudang bagi menyiasat setiap kilang selepas krisis.

“Kita akan menggerakkan seluruh kekuatan di peringkat nasional bagi memeriksa dan memantau semua kilang yang memproses bahan kimia bagi memastikan perkara seperti itu tidak berlaku lagi,” katanya. – K! ONLINE

Tags: Gas Kimiapencemaransisa toksik
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

RM20 Juta, Penjara Untuk Pencemar Bekalan Air

RM20 Juta, Penjara Untuk Pencemar Bekalan Air

13/02/2023
0

KUALA LUMPUR : Denda maksimum hingga RM20 juta dan pemenjaraan hingga 20 tahun adalah hukuman boleh dikenakan terhadap pihak yang...

Dua Pencemaran Serentak Hampir Cetus Gangguan Air Selangor

Dua Pencemaran Serentak Hampir Cetus Gangguan Air Selangor

14/01/2023
0

SHAH ALAM - Dua kes pencemaran sungai yang berlaku di lembangan Sungai Bernam dan Sungai Langat pada Jumaat hampir menyebabkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd