• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3 Beranak Didakwa Bunuh CEO Cradle Fund

oleh
04/03/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Balu kepada bekas Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund Sdn. Bhd., Nazrin Hassan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya atas tuduhan membunuh suaminya, Jun tahun lalu.

Turut didakwa bersama Samirah Muzaffar, 44, dua anak lelakinya yang masing-masing berusia 13 dan 16 tahun serta seorang lagi masih bebas warga Indonesia.

Samira yang berada di kandang tertuduh hanya mengangguk faham manakala dua anak lelakinya yang memakai uniform sekolah berwarna putih dan biru berada di luar kandang pesalah turut menganggukkan faham pertuduhan itu.

Berdasarkan pertuduhan, mereka didakwa telah mencapai niat bersama- sama melakukan pembunuhan yang menyebabkan kematian ke atas Nazrin.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Mutiara Damansara, dekat sini, jam 11.30 malam pada 13 Jun dan 4 pagi pada 14 Jun 2018.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Jamil Aripin dan Mohd Zin Ibrahim mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, kesemua tertuduh ditahan jam 6.45, pagi tadi di kediaman mereka untuk dibawa ke mahkamah.

Nazrin, 48, pada mulanya dilaporkan dilaporkan maut akibat letupan telefon bimbit yang sedang dicas berdekatan katilnya yang menyebabkannya terperangkap dalam kebakaran di bilik tidur tingkat atas rumahnya.

Polis kemudiannya mengklasifikasikan semula kes mengikut Seksyen 302 selepas hasil siasatan pihak forensik bomba mendapati ada kesan petrol di bahagian kepala, tilam serta telefon bimbit yang dipercayai punca kebakaran merebak cepat sehingga mengorbankan mangsa.

Samira dan bekas suaminya ditahan pada 4 Ogos bagi membantu siasatan itu manakala dua anak mereka ditahan pada 8 September.

Dua remaja lelaki yang masih bersekolah itu ditahan selepas pemeriksaan forensik menemui dua lubang pada leher Nazrin menyerupai kesan daripada anak panah. Anak-anak tiri Nazrin dilaporkan dipercayai mempunyai kemahiran dalam sukan memanah.

Pada 23 September pula, polis menahan seorang wanita berusia 39 tahun yang merupakan adik kepada isteri Nazrin bersama suaminya yang berusia 41 tahun di Jalan Dato Sulaiman, Taman Tun Dr. Ismail pada pukul 10.20 malam.

Pada 8 Oktober, kubur Nazrin digali semula bagi membolehkan bedah siasat kali kedua dijalankan dan dikemukakan semula selepas lapan hari. – Sinar Harian

Tags: CEO Cradle Fundkes bunuh
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Terowong Dasar Laut: SPRM Buka 6 Kertas Siasatan

Next Post

Anak Hilang Selepas Hubungan Cinta Terbongkar

Related Posts

Kes Bunuh Di Pondok Cherok Tokun: Lelaki Warga Emas Direman 7 Hari

Kes Bunuh Di Pondok Cherok Tokun: Lelaki Warga Emas Direman 7 Hari

30/04/2025
0

BUKIT MERTAJAM: Seorang lelaki warga emas direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung kes bunuh di sebuah pondok di...

Kegigihan Mangsa Bunuh Berniaga Di Kuantan Dirakam Secara Kebetulan Pelanggannya

Kegigihan Mangsa Bunuh Berniaga Di Kuantan Dirakam Secara Kebetulan Pelanggannya

16/02/2025
0

KUALA LUMPUR : Ramai warga Kuantan mengakui sering melihat Norshamira Zainal wanita yang ditemui meninggal dunia di tepi sungai berhampiran...

Next Post

Anak Hilang Selepas Hubungan Cinta Terbongkar

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd