• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 1, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Lelaki Ditahan Tipu Kerja Di Liberia

oleh
05/03/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

DUA lelaki tempatan ditahan di sini hari ini berhubung kes penipuan pekerjaan melibatkan lapan lelaki yang sebelum ini dilaporkan terkandas di Monrovia, Liberia.

Kedua-dua suspek berusia 53 dan 60 tahun itu masing-masing ditahan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Sibu di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Sibu dan di sebuah rumah di Jalan Cherry, di sini, antara pukul 9 dan 10 pagi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Sarawak, Superintenden Mustafa Kamal Gani Abdullah berkata tangkapan dilakukan selepas aduan dibuat oleh seorang lelaki berusia 40 tahun yang berasal dari Kapit pada pukul 8 pagi tadi.

“Siasatan awal mendapati mangsa telah menerima mesej melalui aplikasi WeChat daripada seorang lelaki yang menawarkan kerja pembalakan di Liberia.

“Mangsa turut diyakinkan akan diberi permit pekerjaan di samping gaji lumayan berjumlah RM8,000 sebulan, makan minum dan kos pengangkutan ditanggung oleh sebuah syarikat pembalakan di negara tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Menurut beliau, mangsa dan tujuh lagi lelaki telah menerima tawaran itu dan berjumpa dengan seorang lelaki untuk urusan tiket penerbangan dan visa.

Pada 3 Januari lepas, mereka yang diiringi oleh seorang lelaki telah terbang ke Liberia sebelum dibawa ke sebuah perkampungan di Mount Barclay.

“Setelah sebulan di sana, mangsa dan rakan-rakannya mendapati kerja pembalakan yang ditawarkan tiada dan mereka terpaksa menjual barangan peribadi seperti jam tangan dan telefon bimbit untuk membeli keperluan harian,” kata Mustafa.

Kesemua mangsa telah dibawa balik dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur petang semalam sebelum tiba di Lapangan Terbang Sibu pada pukul 9.15 malam tadi.

Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Tags: Liberiatipu pekerjaan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Malaysia-Brunei Meterai MoU Pindah Banduan

Next Post

10 Tahun Jaga Khazanah Tak Pernah Rugi, Kata Najib

Related Posts

Salah Diserang Di Liberia, Terpaksa Dilindungi Tentera

Salah Diserang Di Liberia, Terpaksa Dilindungi Tentera

20/11/2023
0

MONROVIA, Liberia: Mohamed Salah terpaksa dilindungi oleh tentera daripada penyokong ketika kemenangan Mesir ke atas Sierra Leone. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB...

27 Kanak-Kanak Sedang Belajar Al-Quran Maut Kebakaran

19/09/2019
0

MONROVIA - Kebakaran yang berlaku di sebuah sekolah Islam di Liberia mengorbankan sekurang-kurangnya 27 kanak-kanak. “Kanak-kanak sedang belajar Al-Quran semasa...

Next Post

10 Tahun Jaga Khazanah Tak Pernah Rugi, Kata Najib

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd