• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Hari Bersihkan Sisa Bahan Kimia Di Sungai Klang

oleh
15/03/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Proses pembersihan Sungai Klang yang tercemar dengan sisa disyaki bahan kimia akan dijangka mengambil masa selama dua hari.

Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari berkata, proses pembersihan itu akan dilakukan oleh kontraktor yang telah dilantik dengan kerja-kerja berkaitannya telah dilakukan bermula pagi ini.

Katanya, arahan tindakan segera itu bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku kepada penduduk sekitar.

“Saya juga telah meminta agar Unit Bencana Negeri Selangor memantau keadaan semasa serta bekerjasama dengan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), Majlis Perbandaran Klang dan Jabatan Alam Sekitar Selangor untuk menyelesaikan kes ini.

“Siasatan lanjut akan dilakukan bagi mengenalpasti pihak yang tidak bertanggungjawab membuang sisa kimia ke kawasan kolam takungan ini,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau memberitahu, beliau difahamkan LUAS telah memulakan proses membendung dan mitigasi bermula pukul 8 malam tadi.

Ujar Amirudin, sampel sisa kimia juga telah diambil dan dihantar ke makmal bagi siasatan lanjut.

“Justeru, saya menasihatkan kepada semua penduduk di sekitar kawasan Taman Eng Ann untuk bertenang dan tidak panik dari kejadian ini.

“Agensi Kerajaan Negeri akan melaksanakan proses pembersihan secepat mungkin bagi keselesaan para penduduk,” katanya.

Kosmo! Online semalam melaporkan Sungai Klang tercemar dengan pembuangan sisa disyaki bahan kimia oleh individu tidak bertanggungjawab.

Pengarah LUAS, Datuk Ir. Hashim Osman berkata, maklumat mengenai pencemaran itu diterima pihaknya kira-kira pukul 6 petang semalam.

“Pencemaran itu tidak akan memberikan sebarang kesan terhadap tujuh empangan di sekitar Selangor,” katanya. – K! ONLINE

Tags: pencemaransisa kimiasungai klang
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

RM20 Juta, Penjara Untuk Pencemar Bekalan Air

RM20 Juta, Penjara Untuk Pencemar Bekalan Air

13/02/2023
0

KUALA LUMPUR : Denda maksimum hingga RM20 juta dan pemenjaraan hingga 20 tahun adalah hukuman boleh dikenakan terhadap pihak yang...

Dua Pencemaran Serentak Hampir Cetus Gangguan Air Selangor

Dua Pencemaran Serentak Hampir Cetus Gangguan Air Selangor

14/01/2023
0

SHAH ALAM - Dua kes pencemaran sungai yang berlaku di lembangan Sungai Bernam dan Sungai Langat pada Jumaat hampir menyebabkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd