• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 14, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

10 Tahun Jaga Khazanah Tak Pernah Rugi, Kata Najib

oleh
05/03/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hairan kerana sepanjang tempoh 10 tahun menjadi Pengerusi Khazanah Nasional Berhad, syarikat itu tidak pernah mengalami kerugian.

Malah katanya, nilai aset juga tidak pernah turun dan naik setiap tahun.

“Dalam tempoh 10 tahun ini, nilai aset bersih Khazanah telah naik RM82.3 bilion (244 peratus) dari RM33.7 bilion pada akhir tahun 2008 kepada RM116 bilion pada akhir 2017

“Setelah PH ambil alih, nilai Khazanah terus jatuh RM25 bilion menjadi RM91 bilion. Tak apa, RM91 bilion itu masih banyak. Banyak lagi aset Khazanah boleh jual,” sindirnya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Hari ini, Pengarah Urusan Khazanah, Datuk Shahril Ridza Ridzuan dalam sidang media Ulasan Tahunan Khazanah 2019 berkata, syarikat itu mencatat kerugian sebelum cukai RM6.271 bilion pada 2018 berbanding keuntungan RM2.896 bilion tahun sebelumnya, kerugian pertama sayap pelaburan kerajaan itu sejak 2005.

Menurutnya, nilai portfolio menerusi Nilai Bersih Dilaraskan (NWA) merosot kepada RM91 bilion pada 2018, susut 21.6 peratus daripada RM116 bilion pada 2017.

Jelasnya, keuntungan kumpulan terjejas akibat jumlah pelupusan yang lebih sedikit berbanding tahun sebelumnya, pendapatan dividen yang berkurangan dan peruntukan bagi susut nilai yang lebih tinggi, seiring dengan ketidaktentuan pasaran. – Sinar Harian

Tags: Khazanah Nasional BerhadNajib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

2 Lelaki Ditahan Tipu Kerja Di Liberia

Next Post

“Zamani Buat Saya Yakin Bergerak Solo” – Faizal Tahir

Related Posts

Najib Pertahankan Kabinet Baru

30/08/2021
0

BETUL! Rakyat, hasil dan pencapaian perlu diutamakan. Saya perhati ramai yang kecewa dengan pengumuman kabinet baharu hari ini. Seolah-olah kebanyakan...

Kerajaan Lama Berundur, Bursa Terus Elok

30/08/2021
0

BURSA Malaysia telah mencatat prestasi antara terbaik dalam dunia sejak kerajaan lama undur diri pada 16 Ogos lalu.Indeks bursa telah...

Next Post

"Zamani Buat Saya Yakin Bergerak Solo" - Faizal Tahir

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd