• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Waktu Operasi Baru UTC Sabah, Sarawak Mula 4 Mac

oleh
20/02/2019
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUSAT Transformasi Bandar (UTC) di Sabah dan Sarawak akan beroperasi pada waktu baru bermula 4 Mac ini setelah mengambil kira faktor permintaan dan langkah penjimatan kerajaan, kata Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

Lim dalam kenyataan hari ini berkata, UTC di kedua-dua negeri itu akan beroperasi dari pukul 10 pagi hingga 7 malam pada hari Isnin hingga Jumaat dan dari 8 pagi hingga 5 petang pada Sabtu dan Ahad.

Bagi tiga UTC di Sabah iaitu Kota Kinabalu, Tawau dan Keningau, waktu rehat solat Jumaat ialah dari pukul 11.30 pagi hingga 2 petang, manakala tiga UTC di Sarawak (Kuching, Miri dan Sibu) dari pukul 11.45 pagi hingga 2.15 petang.

Lim berkata hasil mengoptimumkan waktu operasi UTC itu dijangka dapat memberikan penjimatan sebanyak RM2.1 juta.

“Walaupun pertukaran waktu operasi ini dibuat sebagai langkah penjimatan perbelanjaan kerajaan, UTC tetap beroperasi selama tujuh hari seminggu kecuali cuti umum bagi memudahkan orang awam mendapatkan perkhidmatan kerajaan,” katanya.

Lim berkata waktu-waktu operasi UTC di negeri-negeri lain kekal seperti yang diumumkan sebelum ini.

“Waktu operasi UTC akan dikaji dari semasa ke semasa bagi memastikan permintaan rakyat dipenuhi dan pada masa yang sama perbelanjaan kerajaan dibuat secara efisien tanpa pembaziran waktu dan tenaga serta wang rakyat,” kata Lim. – BERNAMA

Tags: SabahsarawakUTC
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Beberapa Guru Nyaris Hilang Nyawa Akibat Brek Keretapi Gagal Berfungsi Dalam Kejadian Di Sabah, Pagi Tadi

Beberapa Guru Nyaris Hilang Nyawa Akibat Brek Keretapi Gagal Berfungsi Dalam Kejadian Di Sabah, Pagi Tadi

03/03/2026
0

Oleh Mynewshub  TENOM: Sebuah keretapi yang membawa beberapa guru dari Sekolah Kebangsaan Pangi, Tenom dilaporkan mengalami masalah brek gagal berfungsi...

PETRONAS Rujuk Mahkamah Persekutuan Selesai Isu Petroleum Di Sarawak

PETRONAS Rujuk Mahkamah Persekutuan Selesai Isu Petroleum Di Sarawak

12/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) memfailkan suatu notis usul di Mahkamah Persekutuan, Putrajaya bagi mendapatkan penjelasan berhubung kerangka kawal...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd