• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wakil Malaysia Ke Kemboja Temui 47 Rakyat Ditahan

oleh
13/02/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Julau, Larry Sng Wei Shien bersama sekumpulan wakil media dan wakil keluarga berlepas ke Kemboja dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) pagi ini bagi melawat 47 rakyat Malaysia yang ditahan di negara itu sejak 11 Disember lepas.

Wei Shien berkata, sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Siem Reap pada 8 pagi waktu tempatan nanti, rombongan yang turut disertai seorang pegawai perubatan akan menempuh perjalanan darat selama 2 jam menuju ke penjara yang terletak di bandar Poi Pet.

“Saya dimaklumkan wakil kedutaan akan membantu rombongan untuk mendapatkan pelepasan daripada pihak Penjara Provinsi Banteay Meanchey bagi melawat kesemua 47 tahanan berkenaan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mengenai perancangan lawatan dua hari satu malam itu, Wei Shien berkata, beliau akan mengumpul sebanyak mungkin maklumat kes yang dihadapi belia-belia berusia 18 hingga 21 tahun itu.

“Saya ingin melihat sendiri keadaan mereka dan mendapatkan gambaran jelas terhadap situasi yang dihadapi kesemua mangsa.

“Kehadiran saya ke penjara bagi membantu anggota keluarga mendapatkan maklumat dengan segera tentang keadaan anak-anak yang mereka syaki dianiaya sindiket,” katanya. – BERNAMA

Tags: Kembojarakyat Malaysia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Rakyat Malaysia Terjejas Akibat Tanah Runtuh Di Bandung Barat – Wisma Putra

Tiada Rakyat Malaysia Terjejas Akibat Tanah Runtuh Di Bandung Barat – Wisma Putra

25/01/2026
0

PUTRAJAYA: Kementerian Luar mengesahkan tiada rakyat Malaysia dilaporkan terjejas dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Pasir Kuning, Desa Pasirlangu, Daerah...

Mesyuarat Khas Menteri Luar ASEAN Esok Ditangguhkan, Malaysia Terus Pantau Keadaan Di Thailand, Kemboja

Mesyuarat Khas Menteri Luar ASEAN Esok Ditangguhkan, Malaysia Terus Pantau Keadaan Di Thailand, Kemboja

15/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Khas Menteri Luar ASEAN yang dijadual esok, ditangguhkan bagi memastikan semua perkara disusun secara teratur, kata Datuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd